Monday, June 12, 2017

Natural Makeup Eyeshadow ll Makeup Mata yang Natural by Faizah Abd Rahman

Salam semua,

Kali ni aku nak share cara makeup mata yang Natural je. Senang je tau kalau korg ikut step ni. Tak banyak kaler pun, simple je. Aku guna Zoeva Cocoablend palette dengan Tarte TArteist palette. kalau korang tak ada palette ni pun tak apa, guna je brand lain. Kalau kata tak reti, cuba dulu, tak pun try. hihi. Klik video kat bawah ni ok! Enjoy ;-)


Saturday, June 10, 2017

Cuba Resepi Makaroni Goreng Faizah ini, Anda Pasti nak Lagi

Assalam.

Makaroni goreng ni paling disukai anak-anak aku. Nak sediakan pun senang. Dan yang paling aku suka,dia tak mudah basi dan mudah dipanaskan. Masuk je microwave 2 / 3 minit, dah panas macam baru masak. Tidak seperti mee, beehun atau koew teow, kalau masuk microwave mulalah dia kering je belah atas tu.



Ok sebenarnya aku dah ada share resepi makaroni goreng sebelum ni kat SINI. Tapi ni resepi yang berbeza sikit, tapi senang jugak, yang penting sedap! Masuk bakul angkat sendiri. 

Ok straight to the recipe.

Wednesday, June 7, 2017

Anda Wajib Cuba Restoran Ini

Assalamualaikum.

Restoran ini namanya adalah Lapan Kati. Memang wajib cuba!
Sempena anniversary perkahwinan kami yang ke-7, kami decided nak celebrate di Restoran Lapan Kati macam selalu. Tempat favourite ni. Dibuka setiap hari (11AM–3PM, 6–11PM). Restoran ni terletak di 161, Jalan Kenanga 29/4, Bandar Indahpura, Kulai. Boleh klik bawah ni untuk map:

No Tel : 07-662 2588




Aku share sebab aku suka Restoran ni. Servis dan portion dan menu dia aku bagi 5 bintang. I am a regular customer since 2010. Bukan iklan berbayar ye. Aku suka order Butter prawn dia. Recommended!

Resepi Laksa Johor mudah confirm Sedap InsyaAllah

Assalamualaikum

Di bulan puasa yang mulia ini, Faizah nak share resepi Laksa Johor yang confirm sedap InsyaAllah. Bahan Laksa Johor ni memang lebih berbanding Laksa utara, tapi portionnya sikit je.
Laksa ni favourite en Hubby, sampai angkat pinggan nak menghabiskan kuahnya ! Gaya abah pun sama, dua-dua angkat pinggan masa nak habiskan saki-baki kuah laksa dalam pinggan tu. Hihi . Seronok tengok bila apa yang kita masak, mereka makan dengan selera kan.
Rupa tak berapa, tapi rasanya, nym nyum.

Tuesday, May 30, 2017

Trip to Georgetown dan Batu Ferringhi, Penang 4D3N (Day 3 - Day 4)

Assalam,

Sambungan dari SINI....

Ok ini kisah hari ke-3 dan ke-4 di penang. Badan letih juga tapi gagahkan juga sebab banyak lagi tempat menarik nak kena pergi ni. Seawal 8 pagi kami breakfast di Transfer Road. Harga memang aku dah lupa. Tapi jangan risau, memang berpatutan. 


Sentiasa Full. Kami dengan Famili akak ipar pun duduk asing sebab grab je mana yang bangun.

Contact Form

Name

Email *

Message *