Tuesday, June 11, 2013

Pengalaman menaiki KTM dan MRT dari Klang ke Imbi setelah hampir 5 tahun tidak menggunakannya! Luar biasa.

Assalamualaikum.
Selamat pagi semua.!


Harini saya dan suami cuba menaiki KTM dari Klang ke Imbi untuk ke Bukit Bintang.
Alhhmdulilah berjaya jugak sebab kami bkn org KL. Last sekali naek LRT lebih kurang 6 tahun lepas.huhu......
So.....

Thursday, June 6, 2013

Seminar Dr. Azizan Osman..Abang Abu..Advanced Wang Power Jun 2013 di Federal Hotel Bukit Bintang.

Alhamdulillah..
Semoga dipermudahkan segala urusan...saya bersama suami dan anak odw to Klang. Menumpang di rumah akak.  kerana esok 7 Jun hingga 9 Jun kami akan menyertai seminar Advanced Wang Power yang bakal diadakan di Federal Hotel Bukit Bintang. Semangat giler nih!!!! Berkobar2!

Sekarang jam menunjukkan pkul 10.44pm..kami masih di atas jalan raya. .di highway utara selatan dekat Pagoh...estimate sampai ke Klang jam 1.00am.

Tarikh program:7 hingga 9 Jun
Pendaftaran: 7.30am
Start:8.30am

So maknanya dari Klang kami perlu keluar awal pagi!! Kira2 jam 6.30am.
Xkisah lah! Semangat punya pasal! Berkobar2 nk tau ape yang bakal dipelajari. Berkorban untuk memperbaiki kehidupan. Moga  di permudahkan dan di berkati. AMIN.

Kepada siapa2 yang juga sudah mendaftar..meh kite jumpa kat sana esok!!

Tuesday, June 4, 2013

Pendapatan Sampingan dengan Nuffnang

Alhamdulillah.
Tq Allah.

Seronok sangat2 1st time dapat buat duit dengan nuffnang! Yes! Walaupon sikit...tapi aku anggap tu 1 permulaan yang bagus!!!
Tq kepada readers2 yang singgah. Walaupon kita xkenal..harap 1 hari nanti jika diizinkan Tuhan....berjumpalah kita ye...
Happynye!!!

Monday, June 3, 2013

Antara Nasi Ayam dgn Meatball spagetti, mana lagi tinggi kalori?

Jawapannya..mestilah nasi ayam!
Sebabnya, .......
.
.
.
Encik Google yang bgtau...hehehe...xdela...nasi ayam kan guna lemak dari ayam....plus some cooks ade tambah lagi kiub pati ayam..of course la kita makan lemak ayam...sebab tu kalori die boleh cecah 800kalori!!!
Thats why masa lunch tadi aku korbankan tekak untuk choose meatball spagetti rather than nasi ayam sebab nasi ayam memang feveret aku!!! Uwaaaaaa....

Bukan langsung xbuleh makan nasi ayam...cuma aku under loosing weight. So aku kene tegas untuk makan less than 1200kalori per day! ... Baru boleh loose some kgs.!
After dapat berat ieal...then aku bedal jela nasi ayam tuh!  siap ko!
# Meatball Spagetti hanya mengandungi 300 kalori#

Wednesday, May 29, 2013

KENAPA BERAT SAYA X TURUN2 WALAUPUN XMAKAN NASI DAN HANYA MAKAN SAYUR GORENG DAN IKAN GORENG SAHAJA UNTUK DINNER?

Pernahkah anda mengalami masalah ini sebelum ini? Ini adalah kerana metabolisme badan semakin rendah apabila semakin meningkatnya berat badan seseorang.
Hah. Macam mana tu?
Cuba kira metabolic rate badan anda yg sepatutnya dengan menggunakan formula ini:

Tuesday, May 21, 2013

Mana yang bagus, menjadi suri rumah sepenuh masa, kerja keras untuk naik pangkat, atau kerja makan gaji kecil2lan sekadar cukup2 makan.

Assalamualaikum dan selamat malam,

Dalam sebulan, hanya lebih kurang 7 hari sahaja saya berjaya meluangkan masa berkualiti bersama anak. Baki 21 hari lagi dipenuhi dengan masa bekerja. Kebanyakan hari saya pergi kerja semasa anak belum bangun tidur, balik kerja semasa anak saya sudah tidur. Saya hampir tidak tahu berapa ml susu yang biasa anak saya minum sehari. 

Saya diizinkan suami untuk menjadi suri rumah sepenuh masa, tetapi ibu dan bapa saya tidak mengizinkan saya untuk tidak bekerja. Seperti yang selalu ibu saya katakan, 'mak abah hantar belajar tinggi2 sampai ijazah, takkan duduk rumah jer?' Atas kata2 itu jugalah yang membuatkan saya negatif kepada bisness sendiri, kerana bagi mereka, mempunyai pekerjaan yang ada EPF (Employee Provident Fund) adalah yang terbaik!

Saya dalam dilema!
Antara derhaka kepada ibu atau memenuhi hasrat hati. Derhakakah namanya? Berdosa juga jika anak saya sendiri pun tidak terdidik oleh ibunya sendiri?

AGAMA

So sebagai panduan pertama saya dalam menyelesaikan masalah ini, saya lihat dari sudut tanggungjawab seorang isteri dalam Islam seperti yang telah diajar oleh Al-Quran dan Hadis (rujukan sepanjang zaman).

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki. (Riwayat ) 

Jadi diri saya memujuk hati untuk tidak menyakiti hati suami serta ibu bapa saya. Ambil jalan tengah iaitu bekerjaya sambil berjinak2 untuk bisness. Biar slow tapi penuh dengan perancangan. Saya yakin, usaha saya pasti tidak menghampakan!

So bagi anda di luar sana yang masih mencari2 jawapan sama ada untuk bekerja makan gaji atau kerja sendiri, rujuklah kepada Al-Quran dan Hadis. Di sana lengkap segala jawapan yang kita cari. Juga bincang bersama suami. Ini amat penting! Jika suami tidak redha, xguna kita sembahyang tonggang tonggek. Setuju?

Selamat Malam.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam ;)



Monday, May 20, 2013

3 Tips dan tricks make up bahagian mata dengan Eye shadow dan Eye Liner yang selalu saya aplikasikan menjadikan mata galak dan cantik naturally!

Di sini saya berbesar hati ingin 'mengeshare' beberapa tips cara make up bahagian mata yang saya gemari serta saya pelajari dari kelas makeup Basix kira-kira 3 bulan lalu: 




1) Hilangkan lebam bawah mata untuk kesan yang lebih mengancam!

Make up mata semata-mata tidak lengkap jika pipi tidak memakai foundation serta lebam di bawah mata. Gunakan foundation serta seboleh2nya usahakan untuk hilangkan lebam di bawah mata sebelum mengaplikasikan sebarang eyeshadow untuk kesan yang lebih menyerlah!


 2) Sapukan sedikit 'foundation' di kelopak mata sebelum mengaplikasikan eye shadow.

Anda cuba praktikkan cara ini, anda akan dapati warna eyeshadow akan lebih terang dan kemas. Ini kerana eye shadow powder akan terus melekat ke kelopak mata tanpa jatuh bertaburan di atas pipi. Bonusnya, eyeshadow akan lebih tahan lama dan naturally look even sehingga 8 jam! (Saya sukeeee)

3) Selepas mengaplikasikan warna eyeshadow yang anda minati di kelopak mata, terus gunakan eyeliner untuk membuat garisan halus di atas bulu mata

Untuk menjadikan mata lebih galak, besar, cantik bak Barbie Doll (ahaks), tarik eyeliner dari tengah ke tepi biji mata dari saiz kecil ke besar dan naikkan sedikit di hujung. Ia akan memberi impak 'bulu mata tebal' kepada si pemakai.

Kemudian, gariskan juga eyeliner di bahagian bawah bulu mata bawah ( paham x ni?). Gariskan eyeliner HANYA bermula di bahagian tengah mata ke tepi. Sama juga, dari saiz kecil (tipis) ke tebal di tepi...Sekarang, saya pasti, mata anda cantik dan besar bak Heliza Helmi ;)

Itu baru tips makeup bahagian mata, banyak sangat yang ingin saya kongsikan akan tetapi mata sudah sangat mengantuk...


Contact Form

Name

Email *

Message *