Saturday, September 8, 2018

Resepi Ayam Kampung dengan Menggunakan Pressure Cooker Primada

Assalamualaikum semua.

Harini cuti so rasa kemalasan melanda, iza plan nak masak campak-campak je. Maka terjadilah :
Ayam Kampung Masak Ungkep



Inilah kejadiannya

Senang je bila masak guna pressure cooker ni. Campak semua dalam tu, pastu tinggal. Pegi lah mandi ke, sembahyang ke, tidur ke nanti dah siap die panggil, hahahaha. Serius tau die panggil, bunyinye "tut, tut, tut, tut"....





Masukkan ayam kampung dulu, lepas tu masukkan bahan-bahan yang diblend.


Ok bahan-bahan yang diblend dah dimasukkan, lepas tu gaul semua, tambah air sikit ikut suka hati anda lah ye.



Ni short video masa masukkan rencah yang sudah diblend.





Set pada bahagian 'meat'.
( Abaikan periukku yang belum mandi tu)



Ok ni dah siap, dia akan berbunyi  "tut, tut, tut, tut" memanggil aku yang ketiduran...



 



Ni short Video lepas masak.



Dah siap masak.


Resepi: 

Bahan-bahan yang diblend:

Bawang besar 2 biji
Bawang putih 5 ulas
Cili padi semangkuk kecil
Halia seinci
Kunyit sebesar ibu jari
Serai 4 batang
2 biji buah keras

Lepas dah blend, masukkan je semua dalam pressure cooker tu sekali dengan ayam. Kira macam cecampakla. Ayam tu iza guna dalam seekor (kecik).

Lepas tu masukkan garam,perasa, daun limau purut dan air asam jawa.
Daun limau tu optional, en suami yang suh masuk, ha masuklahh.hihi.

Siap๐Ÿ’ช๐Ÿผ๐Ÿ˜˜



Saturday, January 6, 2018

EYEBROW TUTORIAL / SIMPLE / TUTORIAL KENING MUDAH

Assalamualaikum
.
ok iza dah upload video 

EYEBROW TUTORIAL / SIMPLE / TUTORIAL KENING MUDAH / FAIZAH ABD RAHMAN

.video ni details sikit. dan juga closed up memang tahap nmpk semua lubang kat muka tu lah sng ckp.hahahahaha.jangan luper subscribe iza tau..;-) Klik SINI SINI SINI pun Boleh.HIHI



Tuesday, October 17, 2017

Pengalaman Bercuti ke Melaka / Trip to Melaka

Hai dan Assalamualaikum,

Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menghirup udara segar sambil menulis dan share untuk tatapan semua. Kami semua bercuti di Melaka pada cuti sekolah yang lalu (26 Ogos-28 Ogos). Plan awal gila iaitu bulan April lagi sebab nak berkumpul ramai-ramai. Bukan senang nak deal semua 7 keluarga tau! Hihi macam marah pulak. tak marah tak marah. ok teruskan.



Jadual program percutian di Melaka yang bditulis sebelum bercuti lagik. 
Yang bulat-bulat tu total harga tiket. Tapi actual tak sama pun, ada yang kurang lagi. Contoh The Shore Sky Tower actual RM93 jer. Untuk 3 Dewasa, 1 kanak-kanak above 3y. Below 3y free.

Actually ni tentative program, sudahnya dah ke laut jugaklah sikit.kahkah. Maklumlah ramai, lepastu beg baju abah pulak tertinggal, memang karam di lautan rindu lah jawabnya. 

Day 1 
(River Cruise, Klebang Original Coconut Shake, Muzium Kapal Selam)

Bertolak je dah 7.30 pagi walaupun dalam jadual yang ditulis oleh jari jemari Iza sendiri ni jam 7 pagi. kahkah. Tu jari aku tu, kalau jari orang lain? lagila ke bulan gamaknya.

Ok, sampai kat River Cruise tepat jam 10 pagi. Best tak ramai orang dan redup je mendung macam nak hujan. 1 Bot boleh muatdalam 20 orang, tapi kami tak penuh pun sebab tak ada orang pagi-pagi ni. Orang kata malam ramai sampai beratur, sebab tu kami plan pagi. Macam bagus je.




Short clip dalam bot.









40 minit dalam bot ni sambil dengar radio tentang sejarah Melaka.


Wednesday, September 6, 2017

Resepi Ayam Butter / Chicken Butter Recipe

Assalam

Kali ni Iza nak share resepi Resepi Ayam Butter / Chicken Butter Recipe. Ni memang favourite menu anak-anak dan mak bapak mereka bila makan di kedai.Mudah dan senang sangat resepi dia rupanya, lebih mudah dari masak asam pedas ayam, lebih kurang macam masak lemak je senangnye. Agituuuu.


Bahan-Bahan:


Ayam - 1kg

Serbuk kari - 1 sudu kecil
Tepung goreng ayam cap Bistari (brand optional) - 4 sudu besar

Susu cair -1/2 tin

Mentega atau butter - 2 sudu besar
Garam
Perasa
Gula - 2 sudu besar

Cara-cara:


1) Perap ayam dengan serbuk kari dan tepung goreng ayam lebih kurang setengah jam.









2) Goreng ayam sehingga garing.








Iza guna susu  cair FnN

Tuesday, July 18, 2017

Perkhidmatan Makeup

๐Ÿ’„PERKHIDMATAN MAKEUP ๐Ÿ’„
๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ

Facebook : Makeup by Faizah
Instagram : makeupbyfaizah

*Kami menyediakan perkhidmatan makeup SELURUH Malaysia*
๐Ÿ’…๐Ÿป๐Ÿ’…๐Ÿป๐Ÿ’…๐Ÿป๐Ÿ’…๐Ÿป๐Ÿ’…๐Ÿป๐Ÿ’…๐Ÿป๐Ÿ’…๐Ÿป๐Ÿ’…๐Ÿป๐Ÿ’…๐Ÿป๐Ÿ’…๐Ÿป


*Nak Makeup ?*
๐ŸŒฎ Dinner
๐Ÿ’‘ Nikah
๐Ÿ‘ซSanding
๐Ÿ’Tunang
๐Ÿ˜ŽSesaje

๐Ÿ“žWhatsapp >>>
http://www.wasap.my/60196996162
http://www.wasap.my/60196996162
http://www.wasap.my/60196996162

*Berapa Harga?*
๐Ÿ˜ŽDijamin amat berpatutan dengan kelangsungan servis

๐Ÿ‘œMakeup hanya guna *produk original..*

๐Ÿ’‹๐Ÿ’‹๐Ÿ’‹๐Ÿ’‹๐Ÿ’‹๐Ÿ’‹๐Ÿ’‹๐Ÿ’‹๐Ÿ’‹๐Ÿ’‹

**Booking 50%* (kalau book guna tulisan, sorry i tak kira book ye)
**Book Selewat-lewatnya awal 2 minggu sebelum tarikh*
๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ

*......Jika nak cantik selepas pejam mata selama sejam, hubungi saya.....*๐Ÿ˜Ž
☎️019-6996162

http://www.wasap.my/60196996162

๐Ÿ’…๐Ÿป๐ŸŒธ๐Ÿ’…๐Ÿป๐ŸŒธ๐Ÿ’…๐Ÿป๐ŸŒธ๐Ÿ’…๐Ÿป๐ŸŒธ๐Ÿ’…๐Ÿป๐ŸŒธ


Makeup Tunang Iffah, JB











Majlis Bertandang

Majlis Bertunang

Dinner

Bersanding



Majlis Bertandang 



Bertunang






Photoshoot/Sanding

Majlis Nikah



Majlis Bertunang




Wednesday, July 12, 2017

Resepi Sardin Wraps ala Tortilla yang sihat, sedap dan mudah

Assalam

Memandangkan lemak dah semakin mendominasi kawasan-kawasan utama di musim2 raya ni, makanya dengan ini, pemilihan makanan yang sihat-sihat sahaja yang menjadi keutamaan.  


Makanya, aku memilih untuk makan tortilla a.k.a sardin wrapped untuk menu breakfast dan lunch pada satu hari pada minggu lepas. 1 hari je pun rupanya. eh tak tak, 1 hari setengah.


Senang dan sedap sardin wrap ni. sihat pulak tu. kiranya makan banyak2 pun tak rasa berdosa sangat. Ha nampak kesan sampingannya di situ? patutlah aku timbang minggu ni sama jer berat aku, tak ade perubahan. kahkah.




Friday, July 7, 2017

Cara Buat Sarung Bantal Simple Mudah Senang jer

Assalam,

Nak dijadikan cerita, bantal kakak Anis masa kecil dulu dah reput dan koyak sana sini. Mana tak nya, hari-hari dipeluk cium dan dikencingkan (sesekali) hihi. Bantal pemberian arwah mak mentua ku; Sumarmi Binti Mansukarta (Al-Faatihah). Maklumlah anak sulung masa tu, ingatkan dan cukup bantal, rupanya bantal keciot kecik je ade 1, dengan bantal peluk baby 1, tak cukup katanya. Maka mak mentua aku pun bagila bantal kekabu ni. Bantal ni kecik je sebenarnya, saiznya lebih kurang 1 kaki X 2 kaki. 

Nilah bantalnya

Tengok tu dah koyak rabak akibat reput.

Nilah rupa bantal yang baru aku jahit menggantikan sarung bantal putih tu.
Aina suka sangat.

Contact Form

Name

Email *

Message *