Tuesday, October 17, 2017

Pengalaman Bercuti ke Melaka / Trip to Melaka

Hai dan Assalamualaikum,

Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menghirup udara segar sambil menulis dan share untuk tatapan semua. Kami semua bercuti di Melaka pada cuti sekolah yang lalu (26 Ogos-28 Ogos). Plan awal gila iaitu bulan April lagi sebab nak berkumpul ramai-ramai. Bukan senang nak deal semua 7 keluarga tau! Hihi macam marah pulak. tak marah tak marah. ok teruskan.



Jadual program percutian di Melaka yang bditulis sebelum bercuti lagik. 
Yang bulat-bulat tu total harga tiket. Tapi actual tak sama pun, ada yang kurang lagi. Contoh The Shore Sky Tower actual RM93 jer. Untuk 3 Dewasa, 1 kanak-kanak above 3y. Below 3y free.

Actually ni tentative program, sudahnya dah ke laut jugaklah sikit.kahkah. Maklumlah ramai, lepastu beg baju abah pulak tertinggal, memang karam di lautan rindu lah jawabnya. 

Day 1 
(River Cruise, Klebang Original Coconut Shake, Muzium Kapal Selam)

Bertolak je dah 7.30 pagi walaupun dalam jadual yang ditulis oleh jari jemari Iza sendiri ni jam 7 pagi. kahkah. Tu jari aku tu, kalau jari orang lain? lagila ke bulan gamaknya.

Ok, sampai kat River Cruise tepat jam 10 pagi. Best tak ramai orang dan redup je mendung macam nak hujan. 1 Bot boleh muatdalam 20 orang, tapi kami tak penuh pun sebab tak ada orang pagi-pagi ni. Orang kata malam ramai sampai beratur, sebab tu kami plan pagi. Macam bagus je.




Short clip dalam bot.









40 minit dalam bot ni sambil dengar radio tentang sejarah Melaka.


Klebang Original Coconut Shake


Aina di Klebang Original Coconut Shake

Kami sampai di Klebang Original Coconut Shake dalam jam 12 tgahri. Orang memang ramailah. yang bestnye kita order jer kat kaunter, tapi Coconut Shake nye dihantar kat meja. Best kan, sebabnya dulu kena beratur berejam2 nk ambil coconut shake. hihi.


Klebang Original Coconut Shake Nasi lemak dan ayam goreng. Fav Anis. tengoklah mata die.

Macam2 makanan ringan yang ada kat sini. Makanan ni kena ambil sendiri dan bayar di kaunter. Ayam goreng die RM4.30 seketul! Tapi yang lain harga ok jer. Keropok leko ada, kuih muih, nasi lemak, mee goreng, semua dah siap, tinggal ambik jer. Coconut Shake pun  tak sampai RM3. Kira Ok laa. Sedap boleh layan walaupon masa tu hujan lebat, minum ais pun sedap jer..(Aku mana ade x sedap kat tekak ni)



ABAH tercinta. Seronok tengok abah happy.


Klebang Original Coconut Shake



Me


Muzium Kapal Selam


Anis masam muka sebab Abinya tak kasi naik kereta kuda kat sebelah tu.

Petang lepas check-in dekat Mahkota Hotel, kami menuju ke Muzium Kapal Selam. Total tiket kiteorang RM20 jer. Die ada bg diskaun sikitla. Bergantung budi bicara je aku rasa. Terima kasih bang. Hihihi. 
Muzium Kapal Selam

The Shore Sky Tower


Masa ni lebih kurang jam 6 petang. Redup sikit lah kan. Anis dgn Aina pun aku dah mandikan kat hotel terus pakai baju tido. Total tiket kiteorang semua dalam RM97. So far ok la. gayat jer nak naik tu. Memang sekali jela naik,hihihi. 

Dari atas boleh nampak seluruh negeri Melaka. Boleh nampak River Cruise dan macam2 lagilah. Kami bertengkek kat atas ni lebih kurang 1 jam lepas tu bosan sebab xde ape2 pun. 



Ada kolam ikan lutsinar kat atas ni jugak. 
Boleh nampak orang tengah makan kat bawah tu.


Gayat Beb

Gambar ni kena bayar walaupon softcopy! Nak ambil gambar kat sini kena guna camera dieorang ok. huhu. Total 3 softcopy + 1 hardcopy = RM80.

Ni kat tingkat 43.
 Nyonya sebelah tu dengan anak die saja stay kat situ lelame walaupun dah tau kiteorang nak ambik gambar. Masa die nak ambik, die boleh pandang semacam kat kami suh ketepi. ok habis ngumpat.

DAY 2
Melaka Wonderland.

Kat sini kami masuk jam 11 pagi, klua jam 3.15 petang. huhu. Masuk die cek beg, sape bawak makanan memang tak lepas la.. air mineral 1 kotak, masih dibenarkan.



Pelampung ni kena sewa RM25. Nanti RM5 je die return masa pulangkan.


4 jam kat dalam Melaka Wonderland ni, bagi budak2 memang x cukup!








Aina. hihi. Tempat ni khas kanak2 jer.


Muka penat lepas naik semua roller coaster yang ade.Fuhh.

Cendol Bakar

Kat Cendol Bakar ni aku tak banyak ambik gambar sebab bateri kong. Kat sini ada makanan goreng2. aku order nasi goreng ayam. Sedap.

Sedap giler. 
Cendol paling sedap lalu kat tekak aku. Siap tapau lagi bawa blik hotel.

Day 3
Masjid Terapung / Masjid Selat

Kat Hotel kami tak ada air stat pukul 6 pagi lebih kurang. Tau2 jer kami nak ke Masjid Terapung. Huuhuu. Dekat sangat masjid ni dengan Mahkota Hotel. Tak bermakna kami pergi jalan kaki.

Pukul 8 pagi.
Cantik Masjidnya.

Pemandangan Masjid Selat Dari depan.

Lepas balik dari masjid, kami pun mandi kolam. Ada 2 kolam besar, tapi 1 ditutup sebab sedang dibersihkan. Puas hati sebab kolam besar.

Anis dengan Aina mandi tak pernah puas.


we

Nasi Briyani Haji Thambi


Nanti i sambung lagi ye.

No comments:

Post a Comment

hi

Contact Form

Name

Email *

Message *