Wednesday, December 18, 2013

Hati- hati laman web menjatuhkan Islam ini

Info di bawah saya dapat dri seorang kenalan. Dan saya rasa terpanggil untuk hebahkan kepada rakan2 dan saudara se Islam kita. Semoga Allah pelihara Islam.
                 -----------------------
Puak yahudi dengan sengaja telah membina beberapa website untuk menyebarkan maklumat yang salah mengenai Al-Quran dan Hadis, dengan itu sila berhati-hati terhadap websites berikut & beritahu sahabat lain.
1.www.answering-islam.org
2.www.aboutislam.com
3.www.thequran.com
4.www.Allahassurance.com
Tolong kirim pesanan ini kepada seramai muslim yang boleh kerana jika tidak mungkin ramai orang islam akan mendapat maklumat yang salah mengenai agama Islam.
Dpt info ni.. Tadi ada mintak ustaz kat UM check... Dia kata betul.. Plg bahaya adalah answeringislam...
          -----------------------------
Please Copy and paste kepada seluruh umat Islam.
ALLAHUAKBAR.

Thursday, December 12, 2013

Makan petang di Aimar Corner TTDI (Tmn Tun Dr Ismail), Shah Alam

Assalamulaikum.
Bagi sesiapa yang berada dlm kwsn TTDI dan masih mencari2 tempat makan sedap..  boleh try restoran ni.
Petang Ni kami makan di restoran Aimar terletak dalam kwsn TTDI. kedai ni masuk Jalan2 cari makan
TV3 2010.
Terletak di jalan Monfort. Di hadapan Sri Melewar Apartment. sederet dengan kedai makan mak yah tak silap.
Kami order char koew teow, tom yam seafood, limau ais dan teh limau suam.

macam2 ada. kalau nak set dish pun ok. nasi dan siakap masam manis ke, sup tulang ke...sotong goreng tepung ke..semua ada. servise tip top.surau pun disediakan. kawasan pun bersih.
Rasa 4.5 bintang dan service okla. 5 bintang. Hehe.
Recommended.
Selamat menjamu makan ;)

Makan Sarapan di Restoran Azira Seksyen 10 Shah Alam

Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Sekali lagi dapat makan tempat best sekali sekala bercuti ni.
Kali ini kami bersarapan di Restoran Azira. Berdekatan dengan Restoran Hot Pindang.
Pukul 8 am penuh parking. Makanan jangan cakap, sangat banyak pilihan. Kuih muih, nasi goreng, mee goreng, lauk2 untuk makan sarapan, nasi lemak, Bubur, nasi impit, roti canai.
Saya order teh panas. Memang puas hati, rasa lemaknya manis pun sedang2. Sebab kadang2 kedai lain kita order teh terlalu manis tapi dekat sini rasanya memang menepati tekak Saya.
Saya ambil sikit nasi goreng,  paru goreng sambal dan koew teow goreng.
Harga ok la.
Kena dengan servis dan decoration.


Picture tak dapat disnap sebab ramai dan macam poyo je. hehe. so kalau korang nak tengok sendiri, tapi malas nak g, just imagine je ;p.
Saya tak tahu orang laen. Tapi bagi saya restoran azira Best.

selamat makan ;)

Thursday, November 21, 2013

Resepi Ayam Goreng Ala KFC

Assalamualaikum.

Sejak dua menjak ni makin menjadi2 tahap kelahapan aku,
Asik nak KFC aje. Hari2 beli KFC. Susah2 baek aku buat sendiri. 
So encik google 'suggest' kan resepi yang aku dapat ni dari blog http://gbaby-devila.blogspot.com.
Thanks kepada Baby-G ;)

ha..sama tak dgn KFC?


****(Resepi ini telah diolah lain sikit oleh ku)

RESEPINYA IALAH:

Perap untuk sejam:
1/2 ekor ayam potong
7 ulas bawang putih tumbuk
2 sudu kecil serbuk cili (Cayenne paper)
1 sudu kecil chili flakes. >> Aku add.
1 sudu kecil serbuk kari daging
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam brand Ajinomoto >> Aku add.
secubit ajinamoto
secubit soda bikarbonat
garam 2 sudu teh
air sedikit nak bagi rempah senang serap

Bahan untuk tepung salut :
1 cawan tepung jagung
1/4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil serbuk cili (atas citarasa masing-masing)
sedikit serbuk lada hitam >> Aku add.
garam secukup rasa
secubit soda bikarbonat
1biji telur 

Cara-Cara:

-Golek ayam dalam telur.
-Pastu tepung tadi letak dalam tapaware yg ada penutup.
-Pastu pulak, ayam tadi yang sudah bersalut telur tu, di masukkan kedalam tepung dan goncang je.
Tangan pon x kotor kan ;)
-Pastu goreng la dalam 10 minit sampai masak..
-Pastu NGAP ler..hehe

SELAMAT MENCUBA ;)



Thursday, October 24, 2013

Resepi Pavlova

Assalamualaikum,

Di sini aku akan kongsikan resepi untuk menghabiskan whipping cream anda.
Semua sedia maklum bahwa whipping cream mudah rosak selepas 3 hari kotak dibuka.






Tips yang saya akan kongsikan ialah, BUATLAH PAVLOVA.
Ya. HAHA.

PAVLOVA TERDIRI DARI 2 ADUNAN:

Base

Inilah rupanya setelah di bakar dan rest.


4 biji telur putihnya sahaja.
1/2 cawan gula halus
1sb tepung jagung
1sk esen vanilla

Cream topping




2 atau 3 cawan whipping cream.
1sk esen vanilla
1 1/2 sk gula halus
1sk perasa mangga

CARA-CARA:

Base - Mix dengan electric mixer pada kelajuan palingggg laju selama  1 min sehingga bertanduk jika dicalit dengan jari (tangan ye kawan2).
>> Then bakar selama 1 jam sehingga perang pada suhu 130deg.

Cream topping - Mix dengan electric mixer pada kelajuan palingggg laju jugak selama 30 sec. JANGAN LAMA. >> Bila nampak dah thick je, terus stop. Kalau lebih mix, whipping cream akan berketul dan keluar air.

THEN

Lepas siap base itu di bakar, sejukkan dulu, then buhla topping atasnye.
SIAP.
Resepi PAVLOVA asli buh buah kiwi dgn buah strawbery atas topping tu, tapi aku tak ade buah, jadi letak je buah kurma. kui3.

SODAP JUGAKKK.
SELAMAT MENCUBA!
Pavlova Versi Faizah



Resepi Blueberry Cheese Tart Confirm Jadi

Assalam.

Oleh kerana aku penggemar Blueberry Cheese Tart, so kena la buat sendiri kan, barula boleh makan puas2 dan banyak2. Resepi ni aku dapat dari akak ipar aku Kak Sheeda. Muahx3. Senang sangat. Confirm jadik. InsyaAllah.




Tart Shell:

170g Margerin Buttercup
50g Gula halus (Lebih kurang 1  3/4 sudu besar)
1 Biji telur ape2 gred
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla

Aku duk buat tart shell dulu, simpan and nak dekat raya nanti baru buh cheese. Bukan apa, takot habis. Aku ni kejam sikit.

#1 adunan tart shell ni aku dapat buat 70 hingga 75 pcs of shell lebih kurang.


Filling - Cream Cheese:

250g cream cheese
50g gula pasir
1 biji telur ape2 gred
1 sudu kecil esen vanilla

1)Mix cc dan gula dengan menggunakan mixer sehingga cc menjadi lembut.
2)Kemudian masukkan telur dan esen vanilla dan blend lagi. Ketepikan.

Filling - Blueberry:

Hok ni senang, beli jer kat kedai kek. Dalam RM4 lebih 1 tapawey tofu sederhana tu.


Topping - Cheese + pewarna coklat:

Ambil 2 sudu besar cheese yang dah diblend kan tadi,
kemudian campurkan sedikit pewarna coklat. Kalau nak kaler pink ke, biru ke, hijau ke, pepel ke, boleh jugak,  Aku buh kaler coklat sebab bagi aku kaler coklat lebih menggiurkan berbanding kaler2 lain.

Blueberry filling yang sudah dimasukkan ke dalam tart shell.

Ok. Lepas dah buh blueberry filling, boleh la bubuh campuran cc tadi. Nak guna sudu boleh, nak guna piping pun boleh. kalau nak kemas, guna piping. 

Lepas tu bakar dalam 5 min sahaja pada suhu 180c. Atau sehingga tak melekat di jari. Means, masa keluarkan, kita cuba sentuh sikitt je permukaan tart tu, kalau dah tak melekat, maknanya dah jadi. Cukup masak.

Ok. Selamat mencuba!

Resepi Oreo Cheese Cake Bakar

Assalamualaikum.

Dek kerana suka sangat dengan makanan berasaskan cheese, maka lahirlah keinginan yang membuak-buak untuk 'menerai' Oreo Cheese Cake resepi encik Google ini. Tapi ada beberapa perubahan pada resepi yang aku sesuaikan dengan tekak aku.

Oke,


Oreo Cheese cake.
Aku bahagi 2 bahagian, jadi bake setengah jam je. Itu pun perang sudah atasnya.



Oreo Cheese cake ade dua bahagian:
1) Crust
2) Filling

Resepi Crust (Pic 1 & 2)


Butter

Oreo

1/4 buku Butter di cairkan dalam microwave
1 1/2 cawan oreo crust / biskut Oreo hancur 

>> Dua bahan di atas di gaul bersama ,
kemudian di tekan di dalam loyang 8 or 9 inci ,
then di bakar dalam oven selama 10 min pada suhu 130 Degree.

Resepi Filling (Pic 3 & 4)

Whipping Cream, Cream Cheese 

dan gula halus


500g cream Cheese Tatura.
1/2 cawan gula halus.
1 cawan whipping cream.
>> 3 bahan di atas di 'mix' sehingga gebuss, lebih kurang 3 min pada kelajuan ter'maksima'.

Kemudian masukkan :
3 biji telur saiz tak kisah. ( aku pun tak hingat aku pakai telur saiz ape)
1 sk perasa vanilla.
1/8 dri sebiji jus buah oren.
>> Mix JANGAN LAMA kerana kalau lama nanti whipping cream akan pecah dan berketul2.
Lebih kurang 30 second je.

Then masukkan:
5 - 10 keping biskut Oreo kasar2 (agak2 sebesar syiling 20sen) >> gaul ala-kadar je.
Gentel2 kan cream oreo dan masukkan jugak ke dalam  adunan, > nanti die melting masa kita potong tu tau!! nyum2!!

Siap untuk dibakar



Masukkan filling tadi kedalam loyang ,
dan bakar pada suhu 160 degree selama setengah jam, kemudian diturunkan suhunye 130 deg sehingga masak.
P/S: Sila fahami oven anda kerana waktu masak kemungkinan berbeza.

Tak sempat la eh aku nak menghias dan ambik gambo lawa-lawa. Snap je then makan. Lepas tu terus ghaib! Walaupun rupanya huduh, tapi rasanya... MasyaAllah.

SIAP !



SELAMAT MENCUBA!!! 









Contact Form

Name

Email *

Message *