Showing posts with label Hobi Saya. Show all posts
Showing posts with label Hobi Saya. Show all posts

Wednesday, June 7, 2017

Resepi Laksa Johor mudah confirm Sedap InsyaAllah

Assalamualaikum

Di bulan puasa yang mulia ini, Faizah nak share resepi Laksa Johor yang confirm sedap InsyaAllah. Bahan Laksa Johor ni memang lebih berbanding Laksa utara, tapi portionnya sikit je.
Laksa ni favourite en Hubby, sampai angkat pinggan nak menghabiskan kuahnya ! Gaya abah pun sama, dua-dua angkat pinggan masa nak habiskan saki-baki kuah laksa dalam pinggan tu. Hihi . Seronok tengok bila apa yang kita masak, mereka makan dengan selera kan.
Rupa tak berapa, tapi rasanya, nym nyum.

Tuesday, May 30, 2017

Trip to Georgetown dan Batu Ferringhi, Penang 4D3N (Day 3 - Day 4)

Assalam,

Sambungan dari SINI....

Ok ini kisah hari ke-3 dan ke-4 di penang. Badan letih juga tapi gagahkan juga sebab banyak lagi tempat menarik nak kena pergi ni. Seawal 8 pagi kami breakfast di Transfer Road. Harga memang aku dah lupa. Tapi jangan risau, memang berpatutan. 


Sentiasa Full. Kami dengan Famili akak ipar pun duduk asing sebab grab je mana yang bangun.

Friday, May 26, 2017

Simple Engagement Makeup/Makeup Bertunang by Faizah Abd Rahman

Salam dan Hi,

Kali ni Faizah share Makeup bertunang simple je. Abaikan muka tembam I. huhuhu

Sorry untuk gambar yang tak berapa cantik sebab Faizah guna smartPhone je. Belum ada rezeki beli camera canggih ;P





Products used :
1) Zoeva CocoBlend Palette
2) Farmasi Tender Blush (01)
3) Nars (Cadiz + Siberia)
4) Maybelline Clear Smooth Two-way cake (02)
5) MAC Pro Conceal and Correct Palette (Medium Deep)
6)Urban Decay ( Naked Flushed - Streak )
6) Zoeva Blush Palette (Coral Spectrum)
7) The Balm Mary-Lou Manizer
8) Lipstick MAC (Kinda Sexy)

-----------------------------------------------------------------------------------------------
My instagram : @faizahabdrahman . https://www.instagram.com/faizahabdrahman/

Facebook page : Makeup by Faizah.

Facebook : Faizah Abd Rahman.

I promise to improve on my next video ✌️😁.

[ Song : BlackPink 'Sway' ]

Eye Makeup Tutorial/Using Lipstick by Faizah Abd Rahman

Salam dan Hi,

Kali ni Faizah share Makeup mata yang simple je dengan menggunakan lipstik as base. Korang boleh guna lipstik lain as long as bukan Matte type. (Video Tutorial kat bawah  ;-) )

Sorry untuk gambar yang tak berapa cantik sebab Faizah guna smartPhone je. Belum ada rezeki beli camera canggih ;P

Products used :
1) Lipstik Maybelline Colorshow (203 Cherry on Top)
2) Zoeva Cocoablend Palette




-----------------------------------------------------------------------------------------------
My instagram : @faizahabdrahman . https://www.instagram.com/faizahabdrahman/

Facebook page : Makeup by Faizah.

Facebook : Faizah Abd Rahman.

I promise to improve on my next video ✌️😁.


Saturday, May 13, 2017

Simple Makeup for Beginner // Makeup Senang

Salam dan Hi,

Kali ni Faizah share Makeup simple yang anda boleh cuba.
Sesuai sangat untuk dinner, outing, atau segala event rasmi atau tak rasmi. Sorry untuk gambar yang tak berapa cantik sebab Faizah guna smartPhone je. Belum ada rezeki beli camera canggih ;P  

Boleh klik Youtube link kat bawah ni OK. Enjoy !








Products used :
1) Honey Bee venom.
2) Nars Punjab
3) Viva eyebrow pencil
4) AisyMizah Conceal
5) Zoeva CocoBlend Palette
6) Zoeva Blush Palette
7) The Balm Shader
8) Liptik UDecay
-----------------------------------------------------------------------------------------------
My instagram : @faizahabdrahman . https://www.instagram.com/faizahabdrahman/

Facebook page : Makeup by Faizah.

Facebook : Faizah Abd Rahman.

I promise to improve on my next video ✌️😁.


Monday, May 8, 2017

EYEBROW Tutorial by Faizah Abd Rahman // Cara Lukis Kening

Salam dan Hi,

Kali ni Faizah share cara lukis kening paling simple. Boleh klik kat link Youtube Faizah kat bawah ni OK.
Kinda shy because this is my 1St video, sorry . Hihi.



Products used :
1) Silkygirl Eyebrow Pencil (dark Brown).
2) Naturactor (151) --
-----------------------------------------------------------------------------------------------
My instagram : @faizahabdrahman . https://www.instagram.com/faizahabdrahman/

Facebook page : Makeup by Faizah.

Facebook : Faizah Abd Rahman.

I promise to improve on my next video ✌️😁.




Tuesday, January 3, 2017

MakeUp By Faizah

Assalam Guys.

Hi semua. Saya nak announce ni, i am now had been doing Makeup/Andaman atau dengan kata lainnya tata rias/solekan di sekitar kawasan Johor Bahru, Kota Tinggi, Kluang, Kulai dan Bandar Tenggara.

Harga sangat berpatutan. Bermula serendah RM70 sahaja. Ha bagi sesiapa yang nak mekap kahwin, mekap tunang, mekap sanding, eh sama la mekap kahwin kan, mekap Dinner ke, mekap Harijadi dia atau orang lain punya Harijadi pun boleh. Cecepat contact i. Bukan apa, takut full. ok?

Nak tengok hasil makeup Faizah, :

Instagram > https://www.instagram.com/faizahabdrahman/

Facebook > https://www.facebook.com/makeupbyfaizah/

Whatsapp Faizah, KLIK  > www.wasap.my/60196996162
Whatsapp Faizah, KLIK  > www.wasap.my/60196996162
Whatsapp Faizah, KLIK  > www.wasap.my/60196996162
Whatsapp Faizah, KLIK  > www.wasap.my/60196996162

#makeupbyfaizah Majlis Bertandang.








Wednesday, December 7, 2016

Trip to Georgetown dan Batu Ferringhi, Penang 4D3N (Day 1 - Day 2)

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah pada 30 Nov 2016 - 3 Dis 2016 kami sekeluarga berkesempatan bercuti ke Penang atau lebih spesifik lagi kami bermalam di Broadway Budget Hotel,  Georgetown (3D2N) dan Station Budget Hotel Batu Ferringhi (1D1N). Kedua-duanya aku book melalui Booking.com dan aku pilih tempat paling strategik. Alhamdulillah penginapan OK, bagus cuma Station Budget Hotel Batu Ferringhi agak berpasir walaupun hotelnya agak baru.


Hari -1


Hari pertama kami bertolak dari Klang dalam jam 7.30am dan tiba di Jeti Sultan Abdul Halim untuk menaiki feri lebih kurang jam 12.15pm. Harga Tiket RM7.70 untuk pergi-balik. Untuk pengetahuan, dari Pulau memang tiada tol ye, baik melalui feri atau jambatan P.P.


Kemudian kami makan tengahari di Restoran Kapitan. Restoran ni antara salah satu restoran famous di sini. Harga cukup berpatutan! Rasanya pun so-so, boleh tahan. tapi memang murah sikit berbanding restoran Nasi Kandar lain.



Restoran Kapitan

Kemudian kami check-in Broadway Budget Hotel. RM157/N untuk 5 pax. Murah giler kan. Aku book bulan September, which is awal 3 bulan dari tarikh kami check-in ni. Hotel ni fair enough la dengan harga. Air panas kena request kat kaunter, air masak tidak disediakan, parking tak disediakan tapi location memang bestlah. Terlalu dekat dengan Nasi Kandar Beratur, Masjid Kapitan, Little India dan Restoran Kapitan.


Lepas sembahyang dan lepak-lepak sekejap, kami pun mulakan operasi jalan-jalan. Tempat pertama yang dituju ialah Penang State Museum (Muzium Negeri P.P). Lagi 1 jam je nak tutup, kami baru sampai, itu pun masih ada lagi pengunjung. Muzium ni dibuka pada 9am-5pm. Tiket RM1 dewasa dan percuma untuk kanak-kanak.




Replika Tunku Abdul Rahman di Muzium Negeri P.Pinang

Selepas tu kami bertolak ke Fort Cornwallis di mana ia merupakan kubu pertahanan yang dibina pada abad ke-18. Kota ini dibina di atas tapak di mana British yang diketuai oleh Kapten Francis Light, mula-mula mendarat di Pulau Pinang untuk mengambil alih pulau itu pada tahun 1786. Kalau nak tahu lagi tentang sejarah Fort Cornwallis, boleh klik SINI.

Ia dibuka pada jam 9AM-10AM. Tiket dewasa RM10, kanak-kanak RM5. Bagi aku agak mahal la. Sebab bukan ada apa pun kat situ kecuali meriam, penjara, dan tugu Francis Light. Yang menariknya, ada 1 meriam yang unik betul betul kat penjuru kubu tersebut. Kalau nak tau, boleh la datang sendiri dan tengok ye.

Lepas jalan-jalan, mestilah lapar kan? So kami pun having dinner di persiaran Gurney Drive. Cantik pemandangan di sini. Gurney Drive ni memang betul2 sebelah laut, so pemandangan memang cantik.

Kalau dah sampai penang ni tak sah la kalau nak pekena pasembor kan. Kami makan pasembor campur sayur total RM54 sepinggan nasi. Terkejut beruk sikitla sepinggan RM54. Nak kata kenyang pun tak juga la. So kami tapau lagi nasi goreng, nasi lemak dan char koew teow makan di hotel.

Hari-2

Pagi-pagi lagi kami bertolak ke Penang Hill aka Bukit Bendera. Kami sampai dalam jam 8.30am. Pengunjung masih tak ramai dan cuaca pun sejukk je. Memang mulut berasap ko kat atas hill tu!!. Mungkin sebab gerimis dan hujan sekali -sekala. Dapat la fe-feeling macam di negara 4 musim!

Tiket di sini dikira by family. Kami dewasa 3, kanak-kanak bawah 5 tahun ada 2 orang total semua RM28. Dibuka pada jam 9am-11pm. Kalau nak best silalah pilih seat depan sebab boleh nampak depanlah kan!






Hujan dan gerimis dalam cable train. Kami port  paling depan!


Di food court kat atas hill. Sejukk. Makanan not bad. Kerusi urut pun ada. 


Anis curi-curi bergambar dalam pagar. Sebab ada pagar disekeliling tugu pokok ni, so kami kena bergambar jauh dari tugu 


Pemandangan dari atas Bukit Bendera. Boleh lihat seluruh Georgetown! SubhanAllah.

Lepas puas round Bukit Bendera berjam-jam, kami pun menuju ke Rumah P.Ramlee. Masuk percuma. Opening hour 10am-5pm kecuali Isnin tutup. Kat sini abah menitiskan air mata, sayu hatiku. "Rupanya tempat free yang memberi kenangan kepada abah". hihi.

Rumah P.Ramlee dipenuhi pengunjung.

Kemudian kami lunch di food court sebelah Padang Kota yang berdekatan dengan Fort Cornwallis. Tempat ni pun sebelah laut. sambil makan boleh lihat laut malah boleh dengar deruan ombak. cewah.

Kami order nasi ayam, mee udang, koew teow udang dan cendol special ada eskrem. Harga biasalah macam kat Johor jugak. Cuma aku cari Hameed Mee Sotong sebenarnya, tapi tak jumpa :-(

Abah selepas makan di Padang Kota.

Lepas perut kenyang, kami pun solat di Masjid Kapitan. Masjid Kapitan ni terletak di sudut Lebuh Buckingham (Buckingham Street) dan Jalan Masjid Kapitan Keling (Pitt Street). Sebagai sebuah pusat bersejarah 
Islam terkemuka, ia adalah sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia George Town dan terletak di pusat Tamil Muslim di Georgetown ni,

Masjid Kapitan Keling

Selepas tu kami pun menruskan aktiviti jalan-jalan ke 3D Trick Art Museum. Harga tiket dewasa RM15, kanak-kanak dan warga emas RM10. Opening hour 9am-6pm. Ada assistance dari staff bertugas tolong ambilkan gambar dengan cara yang betul, kalau ambil gambar dengan cara yang salah, maka tak jadilah gambar tu.

Tiket

Anis tengah main gasing.

Actually terlalu banyak gambar ketika di 3D Trick Art Museum ni. Ada yang baring, meniarap,menunggang, terbang, senget..sampai poning kepala den. Penat gila ok!
Lepas tu kami balik hotel dan membuta. 


Dinner kami malam ni simple jer sebab hujan lebat dan penat so malas nak plan makan meriah-meriah. Abah request Nasi Kandar Beratur duk nun sekangkang kera je dari hotel. So kami tapau 2 bungkus Nasi Kandar Beratur total RM18, kemudian makan di Restoran Hameediyah.


Ramai jugak makan kat sini. Sedap. Service pun tip top. Memang padanlah dengan harga dan memang tak pelik kalau bisness ni dah terlalu lama bertahan sejak 1907 sehingga hari ini, malah pernah published di TV3 JJCM. 4.5 bintang!



Address164, Lebuh Campbell, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Hours



Wednesday10AM–10:30PM
Thursday10AM–10:30PM
FridayClosed
Saturday10AM–10:30PM
Sunday
(Mawlid)
10AM–10:30PM
Hours might differ
Monday10AM–10:30PM
Tuesday10AM–10:30PM


Lepas makan di Hameediyah

Lepas makan, kami pun ambil baju-baju kotor yang dah membukit, hantar ke dobi. Actually ada 2 dobi coin kat area Georgetown ni. Iaitu 123Laundry dan Laundrybar. Aku suggest suggest suggest sesangat 123Laundry yang terletak di 15, Jalan Buckingham, Georgetown ni. Sebab ia lebih murah dari dobi coin yang biasa dan lebih wangiiiiiiiiiiiiiiiiii. Tapi 123Laundry bukan 24jam. Opening hour 10am-10pm sahaja.


OK sambungan Trip to Georgetown dan Batu Ferringhi,  Penang 4D3N (Day 3 - Day 4 )untuk hari -3 dan -4 boleh baca dekat: SINI

Thursday, February 4, 2016

Resepi Aiskrim Paling Simple. (Tanpa susu segar)

Assalam.

Kali ni aku nak share resepi aiskrim yang mudah tanpa susu segar. Resepi ni aku dapat dri facebook Wawa ape tah ye. Hee.

Bahan2:

1 tin susu manis
2 tin air
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil essen vanilla
2 sudu besar ovellette
Pewarna dan perasa lain yg diingini

****
Dapat 2.5 bekas Aiskrim.

Mixing process

Anis dah gaulkan kaler rata2.

CARA-CARA:

1- Masak susu bersama air dan tepung jagung sehingga berwap sikit. Tak perlu menggelegak. Kemudian masukkan vanilla.

2- Tutup api dan Sejukkan kira2 1 jam.

3- Masukkan ovellete dan mix kira2 10 min. 5 min low speed. 5 minit terakhir lagi high speed

4- Agak2 kembang, stop. Jangan over mix, nanti cair semula.

Kemudian, bolehlah bahagi2 kan mengikut warna dan perasa yang disukai. Yang coklat, aku letak sesudu tepung coklat van houten dan sedikit warna coklat. Yang lain aku letak kaler pink dan kuning je.



Wednesday, August 12, 2015

Resepi Roti John Sedap

Assalam,
Alang-alang ada roti john kosong pemberian akak ipar aku semalam, maka aku terpaksalah buat breakfast harini, lagipun takut rosak. Alasan sungguh. Cakap jela nak makan, kan senang kan. ;-p Resepi Roti John ni aku cube tiru akak ipar aku buat masa Raya haritu. Akak ipar aku ni berniaga roti john setiap bulan puasa ;-) Tapi aku buat je ikut resepi sendiri. Maaflah kalau ikut resepi ada mayonese. Tapi tak ada kat rumah ni, macam tak kuasa pulak nak keluar pagi2 ni semata-mata cari mayonese ye dak?




Tuesday, July 7, 2015

Resepi Biskut Famous Amos

Assalam,

Kali ni aku nak share resepi Biskut Famous Amos yang aku cilok dari SINI. Tapi aku ubah suai sikit ikot nafsu.

Aku kepal2 famous amos ni. Sepatutnya tak perlu kepal2. Tak jadila bentuk Famous amos ye tak. Yang penting rasanya memang owesome. Tq Ana Suzana!


Bahan-bahan ( Lebih kurang 100 keping ) :
(BAHAN A)
1 cawan gula ** aku buat 3/4 cawan je
1 cawan gula perang ** aku guna 3/4 cwn jugak
1 cawan mentega
1 cawan minyak
1 biji telor Gred A
secubit garam
1 sb susu segar @ susu tepung **aku guna susu Nespray
1 sudu teh esen vanilla

(BAHAN B)
4 cawan tepong gandum (di ayak)
2 sudu besar serbuk koko Van Houten (di ayak)
2 sudu besar tepung jagung ( di ayak)
1 sk cream of tartar
1 sk soda bikarbonat
½ cawan walnut cincang
1 cawan
 chocolate chips

CARA-CARANYA:

Gaul semua bahan A bermula dengan mentega dan gula.
Guna senduk kayu je. Pastikan semua gula cair baru masukkan bahan B sedikit demi sedikit.

Kemudian simpan doh dalam fridge dalam setengah jam supaya ketika membakar nanti biskut nya tak leper atau penyek.

Oleskan mentega dan tepung gandum di atas loyang.
Kemudian kepal2 sudukan doh comel2 dalam loyang. Jangan terlalu rapat sebab ia akan mengembang.

Bakar pada suhu 160 deg selama 20 min.
Sejurus keluarkan biskut dari oven, terus tolak sikit biskut tu supaya ia  tak melekat kat loyang.
SIAP ;)

Tuesday, June 2, 2015

Resepi Bubur Lambuk Ala Laksa Johor

Assalamualaikum.

Harini tekak macam nak makan bubur resepi mak. Bubur ni guna ikan kembung,wajib ada lada hitam dan daun selasih. Kalau tak, tak dapat rasanya tu. Kurang ummmmph lah sangat. 


Ni lah die.

Bahan-Bahan:

Beras 1.5 cawan
Santan agak2 je
Ikan kembung 4 ekor sederhana
Bawang Merah 5 ulas
Bawang Putih 5 ulas.
Kangkung
Daun selasih
Lada Hitam segenggam
Asam keping 1 keping

Garam
Serbuk perasa

Cara-Cara nya:

Ikan kembung direbus bersama asam keping. Tuskan. 
Sementara tu tanak beras sehingga menjadi bubur.
Asingkan isi ikan dan kisar isi ikan tersebut bersama bawang2 dan masukkan ke dalam nasi yang sedang ditanak.
Selepas beras bertukar menjadi bubur, masukkan santan, kangkung, daun selasih, lada hitam, garam dan serbuk perasa.
Air rebusan ikan juga di masukkan ke dalam bubur.

# Lagi sedap kisar lagi tulang ikan, tapis airnya dan tuang ke dalam bubur. Tulang nya jangan kau masukkan dalam bubur.

Siap!

Selamat mencuba! ;-)

Monday, June 1, 2015

RESEPI SIMPLE KEK COKLAT MOIST

Assalamualaikum.

Kali ni aku nak share resepi kek coklat yang aku tengok dari Youtube (Seri Cara Membuat).  Tengah rajin dan mengidam tiba2 nak makan kek coklat. So terpaksa la buat. Ada sikit2 aku masukkan ikut cara aku. Tapi overall tak banyak beza.

Bahan-Bahan:

2 Cawan Tepung gandum
1 Cawan Tepung Koko Van Hauten
2 Sk Baking Powder
1/2 Sk Baking Soda. Soda Bikarbonate la ni aku rase.
1 Cawan Gula.

1 Cawan air Suam
3/4 Cawan Minyak masak
1/2 Cawan susu pekat manis
3 Biji telur
Esen Vanilla sikit


Cara-Cara:



Masukkan bahan kering dulu. Iaitu bahan2 yang aku highlightkan kaler  kuning kat atas tuh.

Aku gune cawan ni jer. nak susu paling murah. hehe

Lepas tu masukkan bahan basah seperti yang aku highlightkan kaler biru kat atas tuh.

Gaul kena sabaq no. Ketui2 sekejap.

Taraaa. Dah cair macam ni baru boleh masak.

Lepastu masuk dalam loyang and kukus dalam 1 hingga 1 jam 15 minit. Picture selepas masak tak sempat snap dah ngapp. Alasan, padahal tak sabor orang mengidam ni nak makan.
Hok ni aku test masak guna microwave dalam mug 30sec jer on highest temperature. Masak jugak.

Yang ni pun aku test masak guna microwave. Jadik. Suke Anis.

Laju jer Aina makan panas2 pulak tu. tak sempat sejuk dok. HUHU. Selamat mencuba!

Thursday, May 14, 2015

Trip to Kota Kinabalu, Ranau dan Kundasang, Sabah

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera.
Alhamdulillah aku diberi kesempatan dan peluang utk membawa mak abah jalan jalan ke sabah Pada 6 Mei 2015-11 Mei 2015.

6-8 Mei, 2hari stay di Ranau (Homestay).
8-11 Mei, 3 hari stay di KK Marina Court Kota Kinabalu.




Day 1

6 Mei 2015


Departure from Senai Airport. 7.25am.

Kami bangun seawal 4.30am dan terus bersiap ke Senai Airport. 6 dewasa, 1 kanak2 dan 2 infant. Sampai Senai Airport, terus print tag beg dan check bagasi di Kastam sendiri. Biasala, guna Air Asia semua kena buat sendiri. Tapi bagus jugala, sebab melancarkan proses. Tak de la semua nak buat kat kaunter dropped bag kan. 

Setibanya di airport Kota Kinabalu Terminal 2 (kira-kira 2.3 jam penerbangan), kawan abi dah menunggu. Waktu ni dalam jam 10am. Dia ambil kami dengan Alza kawannya dan dengan dia2 sekali ikut kami ke Ranau. Aduh. Penuh dokkk. Tak kan nak halau dia pulak kan. Sebab janjinya dia hantar kereta kepada kami. Padat macam sardin kurus. So slim aku sekejap *. Tapi tak pela,  kami sewa kawan2 murah2 saja bah. Bersyukur la paei oiiii.


Dipendekkan cerita, dia Terus ambil kami dan lunch. Lapar ya amat. Dari pagi tak makan dek kerana nak makan sangat di KK. Fefeeling ke obersey katanya.

Tempat kami makan tengahari ni nama apentah, di kawasan Alam Mesra.
Kemudian kami terus menuju ke Ranau. Waktu bertolak lebih kurang jam 11.45am dan kami sampai di Ranau jam 3pm! Jalannya memang berliku macam highway Karak tapi ni lebih natural kerana jalan kampung. Dan yang paling best, dalam perjalanan tu dapat tengok gunung Kinabalu. Cantik sungguh ciptaanNya.

Penat gila ok.


Sebab kami ber -10 orang sumbat dalam Alza ok. Dengan beg2 lagi. ya Ampunn. 7 Dewasa 3 kanak2. So memang penat sebab berhimpit ditambah pula dengan jalan yang berliku2. Nasib tak da yang muntah2. Tapi bile berhimpit macam ni, tertido pun tak jatuh tau.haha.


Rumah homestay yang kami book ni ada 3 bilik dan 3 toilet. Dapur lengkap segala. Bawang dan minyak pun ada. Seronok* giler. Ia betul2 terletak tepi jalan besar dari Kundasang dan berdekatan sekolah. Nama kawasan ni ialah Kampung Lohan. Namanya ada pengaruh Barat di situ, Lindsay Lohan. kau tak kenal siapa Lindsay Lohan tak ape, still boleh bercuti di Sabah.



Oh ya. Sebelum sampai di Ranau, kami sempat singgah di Rumah Terbalik Tamparuli. Bayaran masuk RM10 dewasa manakala kanak2 percuma. Masuk kena by group dan tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar ketika berada di dalam Rumah Terbalik.

Dulu tak silap aku kalau ambil gambar kat luar Rumah Terbalik ni RM3, sekarang semua dah berpagar, so masuk pagar je memang confirm kene cas RM10. Alahai.


Rumah Terbalik ni termasuk dalam Guiness Book of Malaysia Record dan menjadi rumah Terbalik ke-5 didaftarkan di dunia. Rumahnya tak besar sangat. Comel je. Tapi bagi aku mahal RM10 tu. Sebab ape, sebab kecik je dan tak sebarang perkhidmatan pun disediakan.




Aku ngeri takut kereta tu jatuh. 
Plat Johor OK. Ngeh3

Tour guide kat sini cakap, owner Rumah terlungkup ni dulu keje kat Johor, tu yang plat keretanya plat Johor.


Day 2
7 Mei 2015



Anak aku memegang puncak Gunung Kinabalu dibantu oleg Atuknya. 
7.00am. Panas terik OK.


Terkejut beruk aku sekejap* sebab pkul 6am dah terang macam pkul 7am di semenanjung. So dengan muka dan perangai yang jakun itu terus keluar rumah melihat puncak gunung Kinabalu. MasyaAllah cantik. Dari homestay yang  kami diami tu, hanya nampak puncak Gunung Kinabalu sahaja. Tapi serius jakun. Cantik. Suhu kat luar rumah aku anggarkan dalam 24deg. Menggigil jugala bila ditiup angin. Walaupun matahari dah terik. 


Macam orang gila sekejap aku dan abi duk bergambar tepi jalan tu, sambil orang lain sibuk nak pergi kerja dan budak2 sekolah nak ke sekolah. Peduli Hapa aku kan.

Hari kedua harini kami plan pergi ke 4 tempat.

Sabah Tea.


Dalam jam 9am kami bertolak ke Sabah Tea. Senang sangat nak tuju. 15 min je dri Kg.Lohan. Aku guna waze je. Jalan nak masuk Sabah Tea ni memang tak berturap. Take note ye. Kalau bawa kereta rendah2 tu, yang adjust2 spring tu le aku tak tau namanya ape, silalah lupakan niat nak ke Sabah Tea ye.



See! Jalan tak berturap ni nak dekat 1km.



Entrance Sabah Tea


Borong teh ok. Siap tulis nama siap2 nak bagi sape. Senang. Sampai rumah tak pening.




Tagal Moroli Fish Spa.



Ikan Sebarau kot sedang makan kulit mati kat kaki abi.



Pintu masuk Tagal Fish Spa ni bersebelahan sahaja dengan pintu masuk Sabah Tea ok. INGAT. Jangan jadi macam abi. Sesat. Cerita sesat tak boleh expose sebab sangat2 memalukan.


Ikan ni gigit2 je kaki kite. Mula2 rasa macam sakit dan geli, lama2 best je. 15 min 1 sesi RM5 seorang. Bawa kamera add RM3. Nak mandi RM10. Mandi? Ko mampu?!


Poring Hot Spring.


Poring Hot Sring ni pun terletak dalam 15min sahaja dari Kg. Lohan. Tiket dewasa RM3 sahaja OK. Berbaloi2 sangat. Tiket jangan dibuang ya. Sebab boleh share dengan Kinabalu Park dan Mesilau Park kot ,rasanyala.




Anak ku tak sabar nak mandi dek kerana harini belum sentuh air pun lagi.


On the way to Kolam Air Panas Poring.


Poring Hot Spring

Banyak kolam disediakan. Ada paip air panas dan sejuk sekali. So boleh adjust ikut suhu yang dikehendaki. Tempat duduk untuk tengok2 orang mandi pun ada. Kami makan lunch pun kat sini je. Senang dah bawa bekal. Makan sambil tengok anak2 mandi. Siap mandi and makan, kami bertolak ke Desa Cattle Farm.

Desa Cattle Farm


Desa Cattle Farm ni adalah tempat penternakan Lembu dan Kambing dari Australia. Dekat juga dari Kg. Lohan dalam 20min. Curam ok jalannya. Kalau bawa kereta yang agak2 full passengger, silalah tutup aircond dah set gear D2 if kereta auto. Jalan masuk berliku2 dan curam. Silalah berhati2. Jalan dah dekat Desa Cattle Farm tu tak berturap. Agaknya stayle dieorang ni memang suke tak turap jalan agaknya, tapi bagus juga sebab kite drive tak laju, mengurangkan risiko accident kan.



Ni masa nak balik. Hujan renyai-renyai. So bergambar kite dalam kereta.


Choc Gelato with Oreo Crush on top. RM6++. Kurang sedap berbanding Vanilla flavour.
Aku prefer Vanilla flavour. Lebih jelly dan sedap.


Menggigil* kesejukan. Demi lembu, kuharungi jua....


Entrance. Tak sabar nak masuk sebenarnya. SEJUKK.

Sangat sejuk. Tapi boleh tahanla. Maybe dalam 16deg- 22deg rasanya. Kalau bawa ank kecil silala pakaikan stokin dan baju lengan panjang. 


On the way balik ke Ranau, kami singgah sekejap di pekan Ranau. Beli kepak ayam bakar RM1.50 je seketul. Beli 10 ketul. Sedap dok. Serius. Besar pulak tu. Seketul dipotong dua. Siap dapat kuah lagi. Yang jual nye bukan orang Sabah, tapi orang Indon. Kedainye  dekat je area KFC pekan Ranau. Dari jalan utama dah nampak dah KFC tu.



Singgah di Pasar Gaya Street di Pekan Ranau beli madu. Asli katanya; tak campur. Dari RM95 dua botol, dapat less sehingga RM70 ;-)


Day 3
8 Mei 2015.


Pagi-pagi kami masak simple2 dulu sebelum gerak ke Kota KInabalu. Masak goreng2 saja. Goreng cendawan, Hotdog, Nugget and brokoli. Senarnya sayur2 ni dapat FREE masa beli madu kat pasar Ranau semalam. Nice sgt makcik tu. Recommended lah.



Ni makcik nya, banyak die bagi sayur. Alhamdulillah.

Dalam jam 9am, kami gerak ke Kota Kinabalu. Sebelum tu kami singgah di Kinabalu Pine Resort, Pasar Ranau dan Kinabalu Park semata-mata ambil gambar. Curlass.



Di Kinabalu Pine Resort. (Anak aku tak mandi pagi sebab maknya malas nak mandikan sejuk). Serius cantik tempat ni.


Kinabalu Park dari atas. Kinabalu Park adalah 'port' untuk naik ke Gunung Kinabalu. Sejuk juga walaupun cuaca panas terik.


Abah di Pasar Ranau, berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Sejuk wey. Nyaman je. Aku tengok seller2 semua pakai sweater.



Kat Pasar Ranau ni kami beli satay dan Kuih Peneram. Kuih Peneram 3pcs RM1. Bulat2 macam kuih Doraemon cume leper sikit. Ada 3 rasa, jagung, pandan dan asli (tepung beras). Sedap! Gambar nye tak sempat snap dah kene ngapp. Satay nye pulak sama macam kat semenanjung cume kuahnya putih macam kari tapi putih sikit. Rasanya sodap je. Dah lapar kan.

Sebelum check in, kami singgah dulu di Aquarium UMS. Entrance fee RM5 dewasa. Ingatkan luas macam nampak dalam tv tu, rupanya kecik jer. 12tghari sampai 2petang tutup rehat. 

Aquarium UMS. 

Picturing area.


Sampai di KK Marina Court ni kena terus call staff dia, sebab dieorang ni tak de kaunter. Dia akan turun bawah dan sambut kite. Lepas bagi kunci dan deposit RM150 which returnable masa nak balik nanti, terus je check in. Swimming pool disediakan FREE. Aku booked melalui Agoda je. Senang. Yang paling aku suke pasal Hotel ni bab security die. every door kene ade pass. So kita rasa secure sangat, sebab sapa2 yang kite terserempak dekat swimming pool ke, parking lot ke, sure customer or employee dia kan. Dan parking pun ikut no bilik. So tak de la timbul kes tak ada parking or parking jauh2. Curlass. 

KK Marina Court. Senang nak jumpa sebab entrance nya dah tulis nama KK Marina Court tu besar gedabak.


Parking aku kat Basement. Ala2 parking Mall senang cakap. Dan yang paling best aku booked 2 bilik (1malam RM203 termasuk tax), tapi aku dapat apartment 3 bilik! Horey. Dan aku tak tanya pun staff tu kenapa aku dapat yang 3 bilik. keh3.

Our parking lot

Apartmentnya OK. Best. Selesa. Located in the middle of the town. Recommended. Hotel ni betul2 berdepan dengan Oceanus, belakang ade Speedmart, McD, pastu dekat je dengan Pasar Filipin, Pasar Ikan Masin, Pasar Kraftangan, Pasar Sinsuran dan Pasar Kg. Air.

Dinner kami malam nya makan di pasar Filipin. Banyak kedai makan. Nak pilih sampai rambang mataku.



Ni tempat makan yang kami pilih. Lobster tu tak dimakan pun. Acah jer. Pilih dan die masak ikut apa yang kami nak. Nyum2. Kesian Aina. Kepenatan, telentok2 tidur dalam Tugedanya.



Ni dekat traffic light sebelum Pasar Filipin dari KK Marima Court. The Jemmed road ever since aku datang sampai balik tak pernah lengang.


Mak sedang tunggu makanan. Banyak warung macam pasar malam. Dah macam balai orang kawen pun ada jugak aku tengok.


Ni kat area belakang, ada jual goreng2 dan barang basah. Murtabak nye nampak berminyak. Abi tak mau ;-(


Ni area tepi tempat makan kami tadi, ni dah siap bakar. Murah sikit kot. Aku tak makan sebab dah sejuk. Tapi menggiurkan beb. Tengok je la mulut abi tu.



Kepak Ayam yang famous di Sabah.



Butter Prawn. Besar tau. 5 ekor RM 12 atau RM15 tak hingat. Serius sangat sedap.



Pic makanan lain semua tak sempat snap dah hilang. Kami order udang Butterprawn, Ikan siakap 3 rasa, sotong sambal dan sayur campur. Semua RM 75 je OK!

Lepas tu kami balik dan tidur terbongkang.



Day 4.
9 Mei 2015

Harini Kami plan nak ke Pulau Sapi, Manukan dan Mamutik. Dalam jam 10am kami menuju ke Jesselton Point (dahulunya dikenali sebagai Jeti Kota Kinabalu). Kat sini Banyak kaunter penjualan tiket ke pulau2. Kena servay mana satu yang menawarkan harga terendah. Boleh book 1 private bot atau pun mixed. 


Kami booked private boat. Suka2 hati nak berapa jam, yang penting balik sebelum jam 4.30pm. Cuma RM310 sahaja. 6 dewasa, 3 kanak2. yay. 1st kami pergi ke Pulau Sapi, Pulau Manukan dan last Pulau Mamutik.



Kaunter tiket di Jesselton Point.


Abi dan Aina di Pulau Sapi


Jesselton Point.


Bahan sejarah di Pulau Manukan.


Pulau Sapi. SubhanaAllah jernih!


Cafe Pulau Mamutik. Teh Ais Bungkus 1 RM 4.50 ye kawan2. Pakkal je air dah abis.


Pulau Manukan. Kurang berombak. Jernih. AIr mineral botol besar (1.5L) di sini RM8 ye kawan2. Ingatkan nak bawa balik air tu frame kan, tapi dah kehausan, minum jelah.


Anis berendam. Tak dihiraunya panas meleding. Serius jernih air pantai Pulau Sapi ni!


Mak and Abah masa nak naik bot kat Jesselton Point. Bot nye nunn jauh di hujung sana.

Parking kereta kat Jesselton Point ni sejam RM1 jer. Die tak kira by day. Lepas balik dari pulau2, abi ajak mandi kolam. Basuh badan anak2 nye dari air laut katanya.


Ni Pool di Blok D. Lagi 1 pool kat Blook A. Tingkat 1

Si kecik ni pun seronok tak nak dipegang. 


Day 5
10 Mei 2015

Harini kami plan pergi ke Muzium Sabah, Masjid terapung KK dan shopping souvenier kat Pasar Filipin. Ingatkan nak pergi Menara Tun Mustapha, tapi penat pulak. So cancel. Kepenatan diving ke pulau2 semalam.


Masjid Terapung Kota Kinabalu.



Muzium Sabah

Kat Muzium ni tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar. Tapi aku sempat snap je hehe gambar surat khabar lama tahun 1963. Banyak sejarahnya yang tidak ramai orang tahu. Ada juga video dokumentari dari kerajaan ditayangkan di sini tentang pembukaan awal tanah2 tanah pertanian di Malaysia. Video lama. Zaman mak aku kecik2 dulu.


Lepas lebih kurang 2 jam di Muzium Sabah ni, kami pun pulang ke Hotel dan lunch dekat deret2 kedai makan depan Hotel.


Dalam jam 4pm, kami pergi lagi ke Pasar Filipin dan borong lagi souvenir untuk dibawa pulang ke Johor. Malamnya kami jalan2 ke Pasar Sinsuran dan Pasar Kg. Air.



Pasar Sinsuran. Pasar ni dibuka setiap hari dari petang hingga larut malam. Baju bundle sangat banyak. Ada souvenir, brooch, pakaian, kasut, handbag dan macam2 lagi. Ia terletak berdepan dengan Pasar Kraftangan iaitu seberang jalan je. ( dalam kawasan kedai2 )


Pasar Kg.Air. 

Pasar ni dibuka setiap hari dari petang hingga larut malam. Ia terletak lebih kurang 700m dari Pekan SInsuran. Kami jalan kaki jer. Penat jugakla. Kat sini lengang sikit. Barang yang dijual hampir sama. Tapi kebanyakan nya peniaga Cina. Dah puas shopping, kami pun pulang ke hotel. Penat memang penat tapi puas hati. 


Day 6

11 Mei 2015

Seawal jam 8.00am, kami bersiap2 bertolak ke Airport KK Terminal 2. Dalam 4km je dari hotel tempat kami menginap. Flight jam 10am. Sampai sana terus print tag dan breakfast.



Printing tag untuk bagasi. 
First time guna perkataan bagasi, terkilan sebab masa sekolah tak hingat nak guna perkataan bagasi. 

Senang je. Nasib aku dah tau sebab masa departure kat Airport Senai ritu ada staff Air Asia dah ajarkan. Cuma ikut sahaja arahan yang tertera, dan yang paling penting, keluarkan siap2 boarding pass. Kalau tak ada boarding pass pun boleh print kat sini. Kira siap2 berapa beg yang nak disimpan dalam perut kapal terbang. Jadi, tak perlulah patah balik kire beg kan.


Safely arrived at Senai airport jam 12.15pm. Alhamdulillah. Diharap perkongsian aku ini sedikit sebanyak dapat membantu anda2 di luar sana yang pertama kali nak bercuti di KK atau pun pertama kali nak fly domestic. Jika ada sebarang pertanyaan, silalah komen di bawah ye.


Thank you!

Contact Form

Name

Email *

Message *