Showing posts with label Hobi Saya. Show all posts
Showing posts with label Hobi Saya. Show all posts

Wednesday, October 1, 2014

Tutorial Nursing Pillow - DIY

Assalam.
Bercoretan lagi aku kali ni. Alhamdulillah.

As for the title, aku nak share cara buat Nursing Pillow sendiri-home made hokay.
Boleh buat sendiri tau. Yang penting ada bahan2 dan baby yang nak dinursingkan itu. Yup.

Step 1:
Ambil news paper lama yang korang dah habis hapal tu, then lukis half sahaja nursing pillow. Bab ni aku agak2 saja. Kot la sapa2 pinggang ramping boleh kecikkk kan sikit bukaan pinggang tu. Hok comey sikit, bolehla renggangkan sikit bab pinggang tu ye.
Kalu anda memang malas sangat nak pikiaq, wat pening kepala pikir bentuk nursing pillow, dengan baby tgh melalak lagi, ha google je image 'free nursing pillow pattern', Maka keluarlah berbagai pattern nursing pillow sampai rambang mata nk pilih mana.
Step 2:
Ambil kain dan lipat 4. Kenapa perlu lipat 4? Mesti soalan tu keluar kan. Sebab senang, gunting sekali, siap dua2 belah kain.
Ambil kertas pattern yang sudah siap digunting tadi, lekatkan pada kain. Lepas pin cantik2 keliling nye, gunting pelan2.
Maka bile bukak, terhasillah 2 keping atas dan bawah bantalnye. Jangan salah pin ye. Baik nk wat nursing pillow, jadi nursing wear, amacam?

Step 3:
Cantumka dua2 kain tadi. Pastikan belah dalam dikeluarkan. Kemudian pin kan sahaja dan jahit. Tinggalkn sikit untuk lubang. Lubang ape? Lubag nak masukkan kekabu fiber. Kekabu ke fiber? Aku guna jenis fiber. Senang paham kalau cakap kekabu fiber ye dak?
Step 4:
Lepas tu pusingkan kain sarung tu yang dalam dikeuarkan, yang luar dikedalamkan. Tak perlu jahit tepi pun. Sekarang, bolehla masukkan kekabunye. Lepastu jahit dengan tangan tangan lubang kekabu fiber tu tdi.
Siap!
Tapi bagi sesiapa yang nak wat sarung bantal, step die same.
CUMA..
Masa nak start jahit mesin tu, jahit zip dulu ye. Then baru jahit tepi semua.

Siap!
Selamat mencuba :)p/s
: minta maaf ye xsempat snap semua step

Friday, December 27, 2013

Celebrate Birthday abah dan Anis Safiyya di Restoran Lapan Kati, Kulaijaya.

Hari ini genap Anis Safiyya berumur 2 tahun. Alhamdulillah. Tak sangka anak mama dan abi ni dah besar pjg.
29 dec pula adalah harijadi ayah tercinta. Maka kami decided celebrate sekali di Restoran 8 Kati Indahpura, kulai.
Makanan memang sedap.
Recommended.
Selalu bos aku belanja pun memang kat sini antara tempat favourite die.
Service tip top.
4 dish ni xsampai pun 10min kami tunggu. Best kan? Nak kata xde customer laen, ada je. Ramai.

Location
: berdekatan
Aeon
Kulaijaya. sederet restoran
Tea
Garden.

Kami order:
Chicken lemon saiz M
Butter prawn saiz S
Kangkong belacan saiz M
Tomyam Seafood saiz M
Air
Orange juice
Honey dew
Teh tarik
Sirap bandung
Total Rm58.
Memang berbaloi dengan harga dan service 5bintang. Mak abah happy sgt sebab sedap katanya. Kalau mak abah suke, kita mesti lg suka kn ;).
So kami decide nak terjah lgi dengan dish laen.
Selamat mencuba ;)

Sedap katanya


Thursday, December 12, 2013

Makan petang di Aimar Corner TTDI (Tmn Tun Dr Ismail), Shah Alam

Assalamulaikum.
Bagi sesiapa yang berada dlm kwsn TTDI dan masih mencari2 tempat makan sedap..  boleh try restoran ni.
Petang Ni kami makan di restoran Aimar terletak dalam kwsn TTDI. kedai ni masuk Jalan2 cari makan
TV3 2010.
Terletak di jalan Monfort. Di hadapan Sri Melewar Apartment. sederet dengan kedai makan mak yah tak silap.
Kami order char koew teow, tom yam seafood, limau ais dan teh limau suam.

macam2 ada. kalau nak set dish pun ok. nasi dan siakap masam manis ke, sup tulang ke...sotong goreng tepung ke..semua ada. servise tip top.surau pun disediakan. kawasan pun bersih.
Rasa 4.5 bintang dan service okla. 5 bintang. Hehe.
Recommended.
Selamat menjamu makan ;)

Makan Sarapan di Restoran Azira Seksyen 10 Shah Alam

Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Sekali lagi dapat makan tempat best sekali sekala bercuti ni.
Kali ini kami bersarapan di Restoran Azira. Berdekatan dengan Restoran Hot Pindang.
Pukul 8 am penuh parking. Makanan jangan cakap, sangat banyak pilihan. Kuih muih, nasi goreng, mee goreng, lauk2 untuk makan sarapan, nasi lemak, Bubur, nasi impit, roti canai.
Saya order teh panas. Memang puas hati, rasa lemaknya manis pun sedang2. Sebab kadang2 kedai lain kita order teh terlalu manis tapi dekat sini rasanya memang menepati tekak Saya.
Saya ambil sikit nasi goreng,  paru goreng sambal dan koew teow goreng.
Harga ok la.
Kena dengan servis dan decoration.


Picture tak dapat disnap sebab ramai dan macam poyo je. hehe. so kalau korang nak tengok sendiri, tapi malas nak g, just imagine je ;p.
Saya tak tahu orang laen. Tapi bagi saya restoran azira Best.

selamat makan ;)

Thursday, November 21, 2013

Resepi Ayam Goreng Ala KFC

Assalamualaikum.

Sejak dua menjak ni makin menjadi2 tahap kelahapan aku,
Asik nak KFC aje. Hari2 beli KFC. Susah2 baek aku buat sendiri. 
So encik google 'suggest' kan resepi yang aku dapat ni dari blog http://gbaby-devila.blogspot.com.
Thanks kepada Baby-G ;)

ha..sama tak dgn KFC?


****(Resepi ini telah diolah lain sikit oleh ku)

RESEPINYA IALAH:

Perap untuk sejam:
1/2 ekor ayam potong
7 ulas bawang putih tumbuk
2 sudu kecil serbuk cili (Cayenne paper)
1 sudu kecil chili flakes. >> Aku add.
1 sudu kecil serbuk kari daging
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam brand Ajinomoto >> Aku add.
secubit ajinamoto
secubit soda bikarbonat
garam 2 sudu teh
air sedikit nak bagi rempah senang serap

Bahan untuk tepung salut :
1 cawan tepung jagung
1/4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil serbuk cili (atas citarasa masing-masing)
sedikit serbuk lada hitam >> Aku add.
garam secukup rasa
secubit soda bikarbonat
1biji telur 

Cara-Cara:

-Golek ayam dalam telur.
-Pastu tepung tadi letak dalam tapaware yg ada penutup.
-Pastu pulak, ayam tadi yang sudah bersalut telur tu, di masukkan kedalam tepung dan goncang je.
Tangan pon x kotor kan ;)
-Pastu goreng la dalam 10 minit sampai masak..
-Pastu NGAP ler..hehe

SELAMAT MENCUBA ;)



Thursday, October 24, 2013

Resepi Pavlova

Assalamualaikum,

Di sini aku akan kongsikan resepi untuk menghabiskan whipping cream anda.
Semua sedia maklum bahwa whipping cream mudah rosak selepas 3 hari kotak dibuka.






Tips yang saya akan kongsikan ialah, BUATLAH PAVLOVA.
Ya. HAHA.

PAVLOVA TERDIRI DARI 2 ADUNAN:

Base

Inilah rupanya setelah di bakar dan rest.


4 biji telur putihnya sahaja.
1/2 cawan gula halus
1sb tepung jagung
1sk esen vanilla

Cream topping




2 atau 3 cawan whipping cream.
1sk esen vanilla
1 1/2 sk gula halus
1sk perasa mangga

CARA-CARA:

Base - Mix dengan electric mixer pada kelajuan palingggg laju selama  1 min sehingga bertanduk jika dicalit dengan jari (tangan ye kawan2).
>> Then bakar selama 1 jam sehingga perang pada suhu 130deg.

Cream topping - Mix dengan electric mixer pada kelajuan palingggg laju jugak selama 30 sec. JANGAN LAMA. >> Bila nampak dah thick je, terus stop. Kalau lebih mix, whipping cream akan berketul dan keluar air.

THEN

Lepas siap base itu di bakar, sejukkan dulu, then buhla topping atasnye.
SIAP.
Resepi PAVLOVA asli buh buah kiwi dgn buah strawbery atas topping tu, tapi aku tak ade buah, jadi letak je buah kurma. kui3.

SODAP JUGAKKK.
SELAMAT MENCUBA!
Pavlova Versi Faizah



Saturday, September 21, 2013

Resepi sos pizza Faizah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. ;)

Its been a while since the last time I wrote something in here.

I'm talking about my passion again. Yes, aku tak habis2 fikir dan enjoy every single minutes in my life thinking and preparing food. Even rancangan tv kegemaran aku setiap hari mesti channel  727 dan 703 Astro. Tak pernah jemu walaupon rancangan tu repeated so many times!

So kali ni aku nak share resepi bidan terjun yg menjadi secara tiba2..kan...

SOS PIZZA FAIZAH:

Bahan-Bahan dan cara2 teruslah.senang kan. tak pening baca:
(ikut turutan)

3 senduk minyak - di panaskan
3 sudu besar bwang besar cincang - Masukkan sampai garing.
2 senduk Sambal lada kering yang telah di blend - Masukkan sampai wangi.
1 sudu kecil oregano, kemudian terus masukkan
sebiji tomato cincang, kemudian terus masukkan
2 sudu besar sos cili, kemudian terus masukkan
1/2 sudu kecil sos ikan, kemudian terus masukkan
garam, dan aji secukup rasa.

Aku suke rasa dan bau oregano, kalau masak sup aku suke masukkan oregano. Die macam ade perasa tersendiri gitu! So masa buat sos piza ni, aku sesaje masukkan oregano, menjadi jadi pulak.

NEXT:

So next ialah menyapukan sos keatas pizza crust @ doh piza.
Resepi doh piza Faizah aku dah share sebelum ni > Klik sini untuk cilok resepi.



-Kalah Dominos kata mak aku..kan...-

SELAMAT MENCUBA! :)

Sunday, July 14, 2013

Resepi Doh Piza Mudah.

Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur sekaligus dapat merasai semula Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.. Ameen.

Harini sudah masuk 4 Ramadhan. Semakin  hari semakin letih dan lesu bila menjelang waktu berbuka. (ia ke?, ke aku sorg je begitu?)

Nak di pendekkan cerita, En. Suami request mini piza untuk side dish berbuka puasa tadi.



-Resepi ni tak masuk karipap yang sebiji tu ye. sekian-
Resepi saya ni asal dapat 10 keping, masa pic ni di'snap', dah tinggal 2 keping.

OK.
Ni resepinya. (Sangat mudah, ok!)

Contact Form

Name

Email *

Message *