Thursday, September 16, 2021

Ini Pengalaman Bersalin C-section ceaser anak ke 4 Ketika Musim Covid 19

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


 

Harini genap baby Ameera sebulan.


Alhamdullilah.
Pagi vaksin pfizer 1st dose, malam bersalin.
Baby girl, 3.72kg.
 Alhamdullilah tak ada sakit lengan atau demam langsung sepanjang di hospital. Hari ketiga (19 Ogos) Iza dan baby Ameera dah discharged ๐Ÿค—..
.
Iza serah diri petang 17/8 tu sebab baby kurang gerak sejak 16/8 (gerak halus je) sampai 3 petang 17/8, naluri hati tak sedap, so sampai hospital, buat ctg, semua tekejut sebab dah ada contraction rupanya ๐Ÿ˜ฑ. Tapi Iza tak rasa pun. So doktor decide terus emergency czer tambahan baby songsang.
.
Kali ni Iza czer buat kali kedua, pertama - anak ketiga di Hospital Kluang. Dan anak ke 4 ni, di Hospital Sultanah Aminah,JB - Sama tempat mama dilahirkan ๐Ÿค—
Kali ni bersalin di HSA sebab lebih dekat dengan rumah, berbanding dengan Hospital Kluang. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Masa datang tu, ada doktor yang entertain kita kat bawah, cek tekanan darah, dah tanya-tanya kita la sesikit kan, kenapa datang dll. Lepas tu kita akan kena buat swab test Covid, then kena tunggu kat sebuah bilik. Dalam 5 minit dah dapat result, negatif. Alhamdulillah. Batch yang datang saing Iza tu semua negatif. Syukur.
.
Bab tak rasa contraction tu , Iza sendiri pelik. Sebab memang tak rasa !
Mungkin sebab Iza mengalami sakit pinggang dan kelengkang yang amat, untuk pregnant kali ni. Start 26 minggu, kelengkang ni dah mula sakit bila nak melangkah, nak mengiring masa baring, nak bangun tidur, ya ALLAH, memang sakit gila sampai menitis air mata tau ! Hanya Allah yang tahu. Untuk ketiga-tiga anak yang lain tak pernah pulak macam ni.
.
Czer jam 7 malam macam tu, baby Ameera selamat dilahirkan jam 8.08 malam. Masuk wad jam 10 malam. Kali ni czer memang lain sikit. Lepas czer tu Iza muntah sekali, mata berpusing-pusing, kepala noning gila. Buka mata je, berpinar you all !.
.
Panik jugak sebab czer Alia dulu relek je tak macam ni. Kali ni baby Ameera, nurse jaga sampai jam 4 pagi baru dia sorong baby kat kita. Dulu masa Alia, baby ikut dengan kita saing-saing masa masuk wad, -senang cakap, lepas czer, kita jaga sendiri la, tapi okay je masa tu sebab tak pening or berpinar-pinar ke apa, muntah pun tak.
.

Beg Iza pun tak ada lagi. Musim covid ni lain procedure nye. Iza mintak nurse tu beg aku then dia ambilkan. Ahamdulillah. Termasuklah barang-barang masa Iza pakai masa nak czer tu, iaitu baju, spect mata, selipar, handphone, semua masuk dalam satu plastik besar. Haha. Shuben dah tinggalkan beg lagi satu kat bawah, then guard akan bagi note untuk shuben kita memasing tulis kan nama kita dan katil. So nurse akan bawa naik dan bagi pada kita.
.
Jam 5 pagi, nurse kejut kita sambil bawa wheelchair nak suruh kita bangun pergi toilet dengan nurse tu sekali. tapi memang tak mampu, Iza bangun je, terhuyung-hayang. "Ok tak apa, nanti dulu, puan rehat dulu, jam 6 pagi nantilah", Betul, Iza pun cakap, memang tak boleh bangun terus, rasa nak jatuh beb!.. Risau gila..
Tapi Iza mintak tunggu lagi.
.
Akhirnya jam 6 pagi tu ku gagahkan diri bangun sendiri perlahan-lahan untuk duduk kat wheelchair. Toilet hospital JB ni jauh jugak wei. So memang wajiblah pakai wheelchair masa beberapa jam lepas czer tu. ALhamdulillah dapat tukar pad, lega rasanya, kalau tak, rimas. Dah lah kepala berpusing lagi masa ni beb! Allahuakbar. Lain penangan ubat bius hospital JB kali ni!
.
Masa tu Iza terpikir, 'ke agaknya aku ni lemah tak makan dari jam 12.30 tghri semalam?'. Jam 6 pagi mana ade makanan beb. Teringat Iza ada selit instant nestum 3 in 1 dalam beg. Air panas jauh pulak tu.
So perlahan-lahan lah IZa tarik beg, ambil air panas dalam cawan 'tarmos' kecik yang shuben bawakkan dari tengahari semalam tu, masukkan nestum, dan minum. Sekali teguk, mak oi, sejuk dah airnya. haha. Tak ape lah, minum je. Sekali, segar mata, kurang noning, Alhamdulillah! So lepas tu beransur-ansur rasa loya , noning and melayang-layang tu hilang. Syukur pada mu ya Allah.
.
Baby Ameera belum bangun lagi, sakit luka czer jangan cakap weyh. Memang sakit macam dipotonglah kan. Nurse memang 3 kali sehari akan bagi kita panadol dan ubat tahan sakit, sejak masuk wad terus makan. Rasa sakit tu ada kurang sikit, tapi sakit lagi woo. Lepas tu, sakit kat kelengkang pun masih ada tau. Beransur-ansur dia hilang...
.
Untuk yang tertanya-tanya, musim covid ni, kat wad kita kena sentiasa pakai mask.
Alhamdulillah, bila doktor cek semua tak ada masalah, Iza dapat balik selepas 2 malam bermalam di hospital. MAcam-macam pengalaman. Ada yang baby menangis tak berhenti, ada yan tak dapat jumpa baby walau dah 1 hari warded, macam-macam.. Masalah utama Iza, bila nak ke tandas,risau kan baby Ameera menangis. Haha.Adoi, Sebab apa tau, sebab kali ni sakit gila nak jalan tu, so jalan pun perlahan-lahan jer.Bersalin sebelum-sebelum ni tak ada rasa sakit pun nak berjalan lepas bersalin. Lepas tu pulak, toiletnye jauh weh. Hahah. Dah nak terkencing, pergi jelah, kadang separuh jalan, baby dah mula macam nak menangis, 'ahh, kejap2, sabar ye baby'...huhu.
.
Uri baby pulak, nurse letak kat kita punya almari, dia mintak suami datang keesokan hari, dan nanti nurse yang akan bagi pada husband kita yang tunggu kat bawah, senang cerita, musim covid ni memang tak akan ada pelawat langsung untuk kita ya mommy-mommy sekalian.
.
Masa nak balik tu, kita akan dapat buku baby, dan juga resit baby warded. Oh ya, masa baby Ameera dipulangkan pada Iza tu, nurse ada bagitahu, 'kita dah bagi susu formula ya pada baby tadi', Iza masa tu tengan noning, angguk jelah kan. Tak tahulah kenapa sekarang procedure macam ni. Iza tengok rata-rata semua baby czer kena warderd dalam 6 jam selepas czer. So akan ada 2 bil lah nanti, bil mama, dan bil baby. Bil baby murah je, dalam RM23 macam tu. Bil mama dalam RM100 + , Iza pun lupa dah.hihi.
.
Alhamdulillah, sekian sharing kali ni, semoga bermanfaat.
Tq kepada yg mendoakan๐Ÿค—
dan terima kasih juga buat Akak Rafidah Rahman, Shiera Azlan, Syahidah Md Isa dan kawan-kawan juga pakcik dan makcik Iza semua yang memberi sumbangan dan post gift buat baby, semoga dikurniakan rezeki melimpah ruah hendakNya buat anda sekalian. Amin๐Ÿ˜˜
Semoga bermanfaat ๐Ÿค—.
๐Ÿงก
.
#Czec #caeser #babysongsang

No comments:

Post a Comment

hi

Contact Form

Name

Email *

Message *