Thursday, May 14, 2020

Kelebihan Selawat Tafrijiyah

Antara kebaikan pengamal selawat ini:- Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya. Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya. Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya. Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka. Dia sentiasa dicintai oleh semua orang. Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah. Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan. . Among the benefits of this kind of treatment are: - Allah will remove the sadness, hardship and danger that befalls him. Allah will make everything easier in life. Emitted light in his heart also elevated his dignity. His voice was heard and his views and opinions were welcomed He is protected from all disasters and calamities. He was always loved by everyone. Everything that God wants will be revealed. Given its sustenance, it avoids hunger and poverty.

Wednesday, May 13, 2020

Friday, May 8, 2020

Pengalaman Pregnant dan Bersalin Secara Ringkas

#copypasteedit
🤰🏻 💖 Kenangan Mama 💖 🤰🏻
Iza share pengalaman pregnan Semoga bermanfaat buat ibu2 yg sedang menunggu hari😊Tahniah diucapkan❤️

🌸Suami teman bersalin?
1 - Ya
2 - Tidak sebab aku tak bagi tengok😂
3- Tidak

🌸Normal / Czer?
1 - Normal
2 - Normal
3 - Czer

🌸Induce?
1 - Tak
2 - Ya. Sebab Baby dah be**k dalam perut.
3 - Tak

🌸Tahu jantina sebelum baby keluar?
1 - Ya
2 - Tidak
3 - Tidak

🌸Tarikh lahir & minggu keberapa lahir?
1 - 27 Dis 11/ 40w
2 - 5 Julai 14/ 40w
3 - 4 okt 18 / 38w

🌸Morning sickness?
1-  Ya. Start minggu ke8-ke20
2-  Ya. Start minggu ke8-ke20
3 -  Ya. Start minggu ke8-ke20

🌸 Masalah ketika hamil?
1 - Alhamdulillah tiada
2 - Alhamdulillah tiada
3 - baby pusing2, tak mau head down

🌸Jantina baby?
1 - P
2 - P
3 - P

🌸Warded sebelum bersalin?
1-Tidak
2-Tidak
3-Warded 2 jam 😂

🌸Berapa lama tahan sakit contraction?
1 - sekejap sangat macam xpush ja rasa.
2 - Sejam kot
3 -  Tak sakit😬. Cuma ngeras2 manja 10 minit sekali hanya pada masa tengah ambil graf (CTG)😅Lepas tu xde ngeras2 kerap sehingga waktu czer.

🌸Berat baby?
1 - 3.00kg
2 - 3.75kg
3 - 3.28kg

🌸 Jangkitan kuning?
1 - Ya. Tak lama.Paling tinggi 12mg/dL.
2 - Ya. Tak lama. Paling tinggi 15mg/dL.
3 - Ya. 3 minggu. Admit wad 1 kali pada bacaan 19mg/dL. Discharged the next day pada bacaan 16mg/dL.

🌸Nama anak?
1 - Anis
2-  Aina
3 - Alia

 💚 Semoga anak2 mama menjadi insan yg diredhai Allah. ❤️
-Gambar 2019
#copypaste

Tuesday, May 5, 2020

Bagaimana anda tahu anda Mengandung Sebelum Lewat Datang Bulan? / My Early Sign of Pregnancy

Assalamualaikum

Kali ni Iza nak share serba sedikit tanda-tanda pregnant ketiga2 anak iza sebelum lewat haid. Buat pengetahuan semua, anak Iza ketiga2nya adalah perempuan, dan kitar haid Iza 30-33 hari, sejenis yang teratur sejak Baligh. Alhamdulillah.
.
Ok
Contohnya haid estimate pada 4 Jan. 
Ini tarikh contoh sahaja, supaya senang faham:
.
28 Jan - 
Rasa nak demam, badan sakit-sakit dan nak lepak je sebab ala-ala demam tapi tak sampai menggigil kesejukan.

2 Jan - 
Breast and nipple sakitt 2 kali ganda lebih dari biasa nak period tu. tersentuh sikit pun auchhh sakit gila. Rasa nak demam dah tiada.

3 Jan - 
Senggugut dan sakit pinggang mcm nk period dan breast and nipple masih sakit. Rasa nak demam dah tiada.

4 Jan - 
Semua di atas tiada, tapi tak period2 lagi....Masa ni Iza dah rasa macam pregnant sebab lain macam dari biasa kan.

TAPI
Ada darah setitik bagi anak sulung dan kedua.
Ada tompokan darah lebih kurang sebesar kuku bagi anak ketiga.
.
Masa ni Iza anggap period walaupun tak senggugut dan berbeza dari period yang selalu iza lalui iaitu heavy blood. 

5 Jan -
Ada darah setitik bagi anak sulung.
Tiada apa-apa darah bagi anak kedua dan ketiga- Masa ni Iza dah mandi wajib sebab dan yakin bukan period.

6 sehingga 11 Jan -
Ada darah setitik setiap hari, bagi anak sulung dan iza anggap period.
Tiada apa-apa darah bagi anak kedua dan ketiga.
.
12 Jan -
Tiada apa-apa darah bagi ketiga tiga anak.
Maknanya bagi anak sulung iza, iza keluar darah setitik setiap hari selama 7 hari berturut-turut seperti period, cuma bezanya tak heavy dan tak senggugut.
.
26 Jan -
Iza test guna pregnancy test yang bawah RM10 tu je, dan positif. Masa ni dah 2 minggu selepas hari sepatutnya habis period.
.
Simptom-simtom ni lebih kurang sama je kan bagi ketiga-tiga anak. Iza try test pakai pregnancy test yang biasa. tak silap masa anak sulung tu, iza test lepas seminggu lebih dari hari sepatutnya habis period. Yela tak sabar nak tau kan. Sindrom mak-mak ni lain, kalau pregnant atau tak, mesti nak confirm cepat sebab takut ter angkat berat2 atau ter salah makan, kan...
.
Ok, tu sahaja sharing iza setakat hari ini.
Semoga memberi manfaat kepada follower2 iza. I love you. Jangan keluar rumah tau, stay safe.
Salam Ramadan ke 12 1441H.



SALAM RAMADAN KE12

Assalamualaikum


Teringat masa kecik2 dulu.
Masa tu nampak orang kayuh basikal usang kat tepi jalan, 
.
Abah : Orang tu susah ke senang?
Aku : Susah laa
Abah : tak, orang tu lagi senang dari kita..
.
Aku : 🧐🧐Kenapa bah?
Abah : Sebab.. dia tak payah isi minyak, tak payah bayar roadtax..tak kena tol..Kita pakai keta kena bayar semua tu. Siapa lagi susah...
Aku : hmm kita lagi susah rupanyaa...
.
Sebenarnya setiap perkara tu kalau kita lihat dari sudut pandangan berbeza, maka bezalah pendapatnya.
Kalau kita pikir negatif, maka negatiflah semua yang kita lihat.
Kalau kita pikir positif, maka positiflah semuanya.
.
Hidup ni kita yang pilih. Segala qada dan qadar Allah yang tentukan.
Yang penting kita berusaha untuk kesenangan di dunia dan akhirat dan berusaha menjadi hambaNya yang diredhai.
SALAM RAMADAN KE12



.

p/s: Rindunya nak jalan-jalan dengan abah lagi macam ni🥰

Friday, November 1, 2019

Ini Pengalaman C-section Ceaser Anak Ke-3

Assalamualaikum kawan-kawan semua?
Ni yang sampai sini mesti nervous tunggu due kan?
Iza doakan semoga semuanya dimudahkan. Aaaminn. InsyaAllah senang je tu, mommy-mommy semua kan kuat-kuat belaka.
.
3 Okt 2018 - 38w

OK. pada hari sebelum kena caesar tu, Iza pergi jumpa bidan Cik Biah. Cik Biah ni merupakan bidan yang ada sijil dari KKM. Memang famouslah bidan ni kat sini, Yela dah lama kan. So Cik Biah tengok baby Alia dalam perut ni, Kepala belah kiri dan Alia melintang ngadap atas. Maknanya kedudukan Alia ialah seperti dalam dakapan Mama. Macam tidur kat riba kita, ha macam tulah.

huk alohh adik, selesa nooo dalam tu ye.
.
Bila Cik Biah cuba pusing, Alia patah balik kepada kedudukan asal. Lepas tu Cik Biah pusing lagi, Alia patah balik lagi. 2 3 kali sama jugak.
.
"Anak ko ni memang sedap cenggini, die tak nak gerak.Tak apalah, nanti die dah sedia nak keluar, die pusinglah tu" kata Cik Biah selepas terkumat-kamit mulutnya dengan doa-doa.
.
Tu yang malam  tu senggugut panjang dalam 10minit, then stop 30saat. Berlarutan ke pagi. Tapi still boleh tidur la. Pagi tu dah start mild contraction.
Kedua-dua kakak baby Alia ni tak pernah rasa senggugut masa nak bersalin, cuma rasa ngeras-ngeras je gitu.
.
Iza kena caesar pada usia kandungan 38 minggu 1 hari. 
.
.

4 Okt 2018 - 38w1/7 (Iaitu pada hari appoinment doktor O&G di Hospital Kluang)
.
Sampai hospital terus pergi dewan bersalin , tak pergi o&g pun sebab dah rasa contraction kan. Kang die kata aku merepek pulak tengah sakit awat tak pergi dewan bersalin je? 
.
Aku cakaplah ada appointment dengan O&G tapi dah ada contraction. Terus nurse cek CTG dan monitor contraction aku. 
.
Contraction masa 8.30pagi tu 10min sekali tau! Aku pun tekezut sbb rasa macam ngeras2 biasa je.
Dan jantung baby ok, dalam range.
.
So 3 orang doktor yang berlainan scan aku. Memang sah kene caesar hari itu juga. SEBAB? Sebab baby melintang dan dah ada tanda nak bersalin iaiti contraction once in 10 minutes, gituu. Oleh sebab aku dah sarap dalam jam 7.30pg, so aku kene puasa 6 jam untuk caesar. So mereka plan caesar aku jam 2 ptg.

.
Oklah masa ni perasaan Iza bercampur -baur.
Masa nurse cek berat badan, tekanan darah, jantung ibu dan baby dalam perot, semua Iza blur je tengok siling. Haha.
Doa dalam hati semoga mudah semunya.
.
Yang bestnye lepas je nurse cek CTG tu, contraction terus hilang sampailah masa caeser. Tapi doktor stil nak buat juga caeser sebab dah nampak dalam graf, contraction 10 minit sekali. 
.
.
Lepas tu ada 1 dokumen yang perlu Iza sign sana-sini. Ada precaution dan segalanya tentang peraturan caeser.

Jam 2 petang 4 Okt 2019


Masa ni Iza dah ditempatkan dalam wad. 

Doktor pakar round datang melawat bersama-sama doktor pelatih dalam 15 orang kot. Ramainye nak tengok peyut  ni. aduhhai.
"kalau caeser esok pagi boleh tak?" Soal doktor sambil ketawa. Mungkin die tengok aku gaya macam bersantai sangat kan.( Tak sakit kan, tak kan nak buat-buat sakit ye tak?? )
Lepastu Iza jawab "Saya boleh pilih masa eh doktor?"
Terbahak-bahak doktor tu dengor soalan aku.
Aku tengah serius kok die gelak.
haha.
.
Oleh sebab hari tu hari Khamis, so waktu balik dieorang ialah jam 4.30 petang. So kalau tak urgent dieorang nak tangguh esok, melainkan emergency.
.
Iza call suami mintak suami Iza doakan semuanya mudah jer. Sekali dalam jam 3 petang nurse-nurse datang datang tiba-tiba dalam 3 orang, nak "prepare" Iza untuk masuk OT. wahh apakah ini?
Alhamdulilah seronok sangat sebab tak payah tunggu lama sampai esok kan.
.
Preparationnya ialah,
kena tukar baju OT - sehelai- satu, panties, selipar dan handphone semua nurse pegang dan bagi suami. Spect mata bukak. Tudung pun bukak. tapi Iza request nak tutup kepala, so nurse bagi head cover yang macam shower head tu. Ha pakai tu je. Lepas tu nurse pasang tiub kat tutttt. First time pakai tiub kat tuttt. Ngilunyaaaaaaaa. Allahuakbar.
.
Lepas tu ada 1 dokumen yang perlu Iza sign lagi, tapi Iza tak baca, nurse yang bacakan, sebab nak cepatkan. Iza baring je atas katil tanpa bantal. Allah je yang tau bertapa tak selesanya lahai.
.
Operation Theater

Iza pun ditolak ke OT.

Sampai sana, tukar katil pulak. dieorang ramai-ramai angkat kita. Yang kita perlu buat hanyalah baring dan doa banyak-banyak, Tujer.
.
Sampai ot ni MasyaAllah, sejuk GILA. Iza yang banyak lemak ni pun menggigil, lagila yang kurus slim melim.
.
Laju je dieorang semua buat kerja, professional sangat!
Ok bila dah masuk kat dalam OT yang sangat sejuk itu, semua tegur berbual la dengan Iza sikit-sikit, mungkin tak nak bagi kita gemuruh sangat kan, kang naik bP lain cerita .ahaaa
.
Mula-mula, Iza disuruh duduk dan peluk bantal. INGAT YA< BAHU KENA TURUNKAN. Means relax jer..So belakang badan kita terdedahlah ye. Memang begitu bajunya ya kawan-kawan. 
.
Kemudian doktor bius akan sapu cecair lah kat belakang badan tu untuk antiseptik lah kot, sebab nak enjet kan. Lepas tu die tekan tempat yang nak di bius kat pinggan belakang,atas bontot. Sekejap je die enjet macam main enjet-enjet semut.hihi
.
Tak adalah, doktor cucuk macam nak cabut gigi tu jer. zasssss. siap. Sambil tu dia ajak borak-borak lah. Tapi kita jangan gerak walau semilimeter ya kawan-kawan. Doktor bius masa Iza ni perempuan , macam muda noo, orang Kelantan, tak sempat tanya nama beliau. Kalau doktor baca, terima kasih ya doktor, abang saya pun doktor bius juga kat kL. hihi. Sempat pulak yer.
.
Setahu Iza lah kan, masa bius ni adalah masa yang penting juga, sebab kalau kita goyang-goyang, nanti ada efek sampingan selepas bersalin, katanya, Tak pasti betul ke tidak.
.
Bagi Iza, Sekarang ni , masa Iza menulis blog ni, baby Alia dah setahun sebulan, Alhamdulillah Iza tak ada apa-apa sakit yang pelik lah. Alhamdulillah.
.
SO BERMULALAH.....

So lepas tu Iza baring dengan kesejukan yang amat, nurse-nurse ikat kain halang kita tengok perut, tangan kita pun diikat mendepa. Lepas tu kita dapat corong heater kat badan, so panaslah sikit badanku..

Tiba-tibakan, rasa kaki ni tak sejuk pun. 
dari bontot ke kaki tak rasa sejuk, tapi masih rasalah kalau disentuh.
Tapi badan ni mak oiii menggigil sampai ke gigi berlaga-laga. Haha.
.
Sekali kan Iza tengok sorang nurse yang cantik tu duk berdiri je sebelah Iza sambil pegang corong heater tu kat Iza kan, lepas tu Iza tanya sambil berbisik,
"Dah stat ke?"
Nurse tu angguk-angguk je sambil senyum, sambil pegang heater dan sambil tengok perut Iza.
.
HA??
WHAT?
Haha
Patutlah rasa bergoyang-goyang bontot, peha dengan pinggang ni.
Rupanya dah 'potong' dah. Iza rasa doktor sentuh kaki dan perut ni, bukan tak rasa langsung cuma tak rasa sakit.
Waktu nilah Iza rasa bersyukur sangat Allah bagi Iza rabun, sebab tak payah nampak aksi-aksi berdarah hasil pantulan cermin atau mana-mana kaca. Terima kasih Allah.
.
Mereka semua diam je sambil buka lagu apentah, tak jelas sangat. Tapi rasa relax la. Biliknya terang nau-nau. Iza tanya nurse tu "kenapa sejuk yang amat?" (Sempat lagi aku membawang kan)
Die jawab " sejuk ni supaya mengurangkan risiko kuman/virus /bakteria aktif. SO kalau sejuk, kuman/virus /bakteria jadi tidak aktif.
.
Sekali kan, Iza rasa bergegar-gegar bahagian pinggang ke peha, lepas tu ada yang cakap "3.52 petang".
Dalam beberapa saat lepas tu, dengar suara baby Alia menangis, Allahuakbar, menitis air mata ni. Iza macam nampak bayang-bayang nurse bawa Alia ke bahagian tepi untuk dibersihkan. Masa ni lah baru dengar mereka semua berborak riuh sikit, sebab mungkin dah nak selesai,kan?
.
Dah la Iza tak tahu jantina baby. Lagi serprise bila nurse tanya,
"Anak nombor berapa kak?"
"Anak akak lelaki ke perempuan?"
"Cuba teka?"
.
Sambil doktor selesaikan tugas, Nurse bagi baby Alia kat Iza, tapi Iza tak boleh pegang. Sebab tangan masih berikat .Cuma cium pipi dia je. Alia bukak mata besar noo melilau-lilau tengok atas macam dah besar sangat. hahah Gembiranya mama. Allah je tahu perasaan ini.


3.28kg

.
"Tahniah kak, gegirl!!" Kata nurse.
.
Tak kisahlah tiga-tiga gegirl pun Alhamdulillah Iza bersyukur sangat, yang penting jadi anak solehah yang diredhai Allah. Aaminn.
.
Ok masa ni kan,
doktor tengah ikat tau.
Iza rasa doktor tengah jahit tu, seolah-olah 'tarik-tarik' gitu. Macam 'mengetatkan', ha macam mana nak cakap ek, macam tulah. Tapi serius, masa doktor tengah jahit ni, iza rasa macam 'senggugut' kat tempat jahit. Jadi berpeluh juga menahan 'senggugut' tu.
.
Sekejap je siap semua, dalam jam 4.30 atau 5 macam tu, dah siap semua dan Iza dah diletakkan kat luar OT.
Nurse terus cek bP Iza dalam setengah jam.

.
Ha masa ni baby tak tau kat mana, Iza tanya sorang nurse tu pun die tak sure baby Alia kat mana.. ko rasa?
tapi sebab Iza yakin sangat dengan keprofesionalan dieorang ni, so Iza senyum jelah, tak kan nak turun katil kan? Kaki pun tak berasa lagi ni, haa jangann..

Ok, Iza dengan baby siap ditolak ke dalam wad dalam jam 6 petang. Masa tu waktu melawat, so memang Iza di'lawat' dan dilihat besungguh2 lah oleh orang ramai yang bertandang dalam wad tu, lantokler kan, dah ler tak pakai tudung, pakai bath cap jer, dalam xpakai ape , luar je pakai baju operate.haha. seksi makk..My hubby dah tunggu kat wad. Ya Allah seronoknya nampak buah hati dah tunggu.haha.


Lepas nurse tu park Iza dekat wad, maka tirai pun ditutup, lepas tu nurse dua orang ni tukarkan baju aku weh, memang salute lah dieorang, lajuu bedesup je baju aku dah bertukar, siap dengan alas kain kat bontot aku pun dah bertukar baru ko.. Ajaib kan, aku pun tak pasti dieorang buat mcm mana sebab aku x begerak pun, dah dieorang yang tak bagi gerak nak wat mcm mana kan,


Separuh badan aku ni masih tak berasa, nak angkat kaki memang tak boleh, cuma lutut je dah boleh angkat tu pun sikitt je, tak mampu dek, berat nau rasanya, tapi kan, masa ni Iza rasa tempat jahit tu pedihhhh noo, kira senang ckp , rasa sakit la... haha hawau..








Hi Auntie, saya baru keluar ni ha

Iza tak dibenarkan bangun dari katil selama 6 jam selepas caeser sebab masih ada kesan ubat bius. Tapi setiap kali Alia bangun nangis nak susu, kita kenalah susukan dia kan, so kalau boleh bangun pelan-pelan dan susukan.kalau rasa susah dan sakit sangat, panggil nurse untuk bantu ya.
.
Iza bangun jam 12 malam iaitu selepas 6 jam caser. Sebab kita disuruh bangun juga takut-takut darah membeku kat dalam kan. So perlahan-lahan bangun ke toilet betulkan mana yang patut, baju ke kain ke, rambut berselirat tu kemas-kemaskan sikitlah. Tak payah kencing sebab kencing dalam tiub jer, haha. So tiub tu bawaklah sekali masa bangun tu, ahaks.
.
Keesokannya doktor akan tanya, "Puan dah kentut? berak?" Sebab selagi tak kentut, TAK BOLEH BALIK chuollss.......Ni syarat sah nya ye kawan-kawan..Lepas tu doktor nak tengok air kencing dalam beg tu, kalau ok, tak ada darah pun kira sah lah boleh balik.
.
Alhamdulillah Iza dah berry dan kentut, air kencing pun tak ada darah.
Tapi tak leh balik lagi, sebabnya, harini baru boleh buka tiub kencing, (nurse yang cabutkan)
keesokannya baru doktor bagi kelepasan kalau kita tak ada masalah nak kencing sendiri dan sebagainya. 
Iza dapat balik selepas 2 malam di hospital. sepanjang di hodpital, kita diberi makan panadol jika sakit. Memang sakitlah uollsss, nak jerit macam selfish sangat kan. so tahan jerlah.
.
Sekian.
Terima kasih kawan-kawan yang gigih baca sampai habis,. Nak tahu pengalaman Iza bila Alia kena tahan wad sebab kuning, boleh baca SINI.

Contact Form

Name

Email *

Message *