Alia start ada kuning pada hari ke 6 dilahirkan. Nurse yang datang cek meminta kami pergi ke klinik, dan klik cek bacaannya 17.4mg/dL. Sangat tinggi, sepatutnya tidak boleh lebih dari 8mg/dL. Selepas itu kami dikehendaki membawa Alia ke hospital untuk check semula. Lepas cek, bacaannya 16 mg/dL. So doktor benarkan kami pulang, dengan syarat baby perlu kerap menyusu.
Masalahnya,
Baby Alia kuat tidur, geletek kaki pun tak mahu bangun..
Baby Alia selepas lebih kurang 16 jam dilahirkan.
Julat Rujukan: (Diambil dari SINI)
Umur
|
Paras Jumlah Bilirubin
| |||
Terma Penuh
|
Pra-matang
| |||
mg/dL
|
mmol/L (SI unit)
|
mg/dL
|
mmol/L (SI unit)
|
0 -1 hari
|
<5.0
|
<86
|
<4.0
|
<68
|
>1 hari
|
<8.0
|
<137
|
<6.0
|
<103
|
Secara umumnya, julat rujukan normal bagi Jumlah Bilirubin, BilirubinTerkonjugasi dan Bilirubin Tak Terkonjugasiuntuk bayi baru lahir dari 0 hingga 7 hari adalah seperti di bawah:-
Jumlah Bilirubin : 1.0 – 10.0 mg/dL atau 17 – 170 µmol/L
Kulit baby Alia kuning.
Masa ni doktor tengah cek darah baby Alia, sekali dapat tahu 19.4, terus kena warded.
Baby kuat tido, mama is risau sangat. Pampers Alia pun penuh.
Hari ke 7 - 15mg/dL
Hari ke 9 - 16mg/dL
Hari ke 10 - 18mg/dL
So sekali lagi kami dikehendaki membawa baby Alia ke hospital. (Hospital Kluang)
Doktor recheck -330 iaitu 19.4 mg/dL
Apa lagi, confirm la Alia kena tahan wad. 1 malam. Mama yang menangis tak sanggup tengok dia kena tahan wad. Iza tak tunggu kat wad, sebab susu badan pun tak berapa meriah, biarlah nurse dan doktor jaga, bagi Alia susu terbaik. Lagipun Iza perhatikan baby yang warded bersama ibu masing2 ni, akan ditahan lebih dari sehari sebablambat turun. pendapat iza mungkin sebab susu sikit kan. mungkinla.
Mata dah la kena tutup, berguguran air mata weh tengok baby Alia dalam tu. uwaaa.
ODW balik rumah menangis sepanjang jalan, kat rumah menangis, malam tak dapat tido. Allah je yang tahu perasaan ni. Kakak-kakak Alia tak pernah kena tahan wad. Alhamdulillah.
Staff nurse dan doktor dalam wad Nicu ni superb professional dan cool sekali. Bukan senang nak jaga dan handle baby ramai-ramai kan. Lagi pulak nak monitor mereka punya tahap kesihatan. Thank you all. gituu
Hari ke 11,
pagi-pagi dah bersiap nak pergi hospital walhal belum tahu baby Alia boleh keluar or tidak.
Alhamdulillah nurse call, boleh keluar hari ini sebab bacaannya turun kepada 16 mg/dL. Bermakna she is healthy but kena turunkan lagi tahap bilirubin (kuning) tu.
Nurse pesan dalam masa terdekat:
- Jangan bawa baby jalan-jalan.
- Jangan bagi perokok atau sesiapa sahaja cium baby kita sebab organnya masih baru dan lemah dan belum ada antibodi yang kuat.
- Rajin beri susu.
- Tanda baby lapar ialah pampers tak penuh walaupun dia tak menangis.
- Jangan bagi susu kambing kerana anak kita bukan bahan eksperimen! ( Ini memang deep)
So lepas balik rumah tu, baby Alia still susu sikit (berdasarkan pampers yg tak penuh)
So Iza bagi TF 4 Life sekali je (Ikut masa Kakak Aina kuning dulu.) Tapi tak jalan.
Iza pun makan sekali T4 tu.Masa kakak Aina, bila diberi TF 4 Life tu, die jadi berak2 dan kuningnya turun mendadak. Tapi baby Alia tak sesuai.
Masa ni Iza dah bagi baby Alia Campur dengan susu tepung. Dutch Baby kalau tak silap.
hari ke 15 - 12.2mg/dL
hari ke 19 - 11.1mg/dL
hari ke 21 - 10.6mg/dL
Alhamdulillah semakin turun. Lepas tu Iza mandikan Alia dengan Air Tepung Gandum. Tak tahu la, semua petua Iza try. dan masa ni la Alia baru stat banyak nyusu.
Hari ke 23 - 10mg/dL
TF 4 life Iza still bagi sikit.
Air Buah Oren pun bagi juga
dan still mandikan Air Tepung Gandum
Hari ke 24 - 9.9mg/dL
Masa ni tak tahu lah nak gelak or menangis. Serius weh. Turun 0.1 jeke nakkkkkkk. Lepas tu akk ipar bagi petua suruh bagi Air Halwa kundur.
Halwa kundur. Yang kiri tu dah direndam.
Iza ambil halwa kundur ni dalam 4 ketul, masukkan dalam botol susu dan tuang air masak lebih tinggi dari halwa kundur tu. dan kemudian bagi Alia minum. Lepas tu ipar Iza pun ade suruh bagi susu Novalac, dalam masa yang sama semua Iza bagi Alia. Susu Dutch Lady pun bagi, susu Enfalac pun bagi jugak.
Susu Novalac
Susu Enfalac A+
Dan kebetulan Iza perhatikan Alia dah start kuat susu dan minum air halwa kundur ni. Mungkin sebab Iza dah tukar puting susu dia menjadi yang lebih besar ke, atau memang Alia yang nak hisap banyak? Tapi pampers dia memang penuh dan kerap berak.
Hari ke 25 - 6.4mg/dL
Alhamdulillah, lega sangat dah tak payah datang cek jaundis lagi. Itulah serba sedikit Iza share pengalaman jaundis Baby Alia, yang paling ketara yang buatkan kuning Alia turun banyak ialah bila pampers dia penuh, tu jer. Bukan dia kuat susu tau, selagi tak penuh pampers, means dia kurang susu. Baby sedap tidur sebab baru lahirkan. Dia belum biasa makan dan minum melalui mulut.
Maka kita sebagai ibu bapa dialah yang kena ajar baby kita ni kan...
Semoga bermanfaat.