Thursday, November 21, 2013

Resepi Ayam Goreng Ala KFC

Assalamualaikum.

Sejak dua menjak ni makin menjadi2 tahap kelahapan aku,
Asik nak KFC aje. Hari2 beli KFC. Susah2 baek aku buat sendiri. 
So encik google 'suggest' kan resepi yang aku dapat ni dari blog http://gbaby-devila.blogspot.com.
Thanks kepada Baby-G ;)

ha..sama tak dgn KFC?


****(Resepi ini telah diolah lain sikit oleh ku)

RESEPINYA IALAH:

Perap untuk sejam:
1/2 ekor ayam potong
7 ulas bawang putih tumbuk
2 sudu kecil serbuk cili (Cayenne paper)
1 sudu kecil chili flakes. >> Aku add.
1 sudu kecil serbuk kari daging
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam brand Ajinomoto >> Aku add.
secubit ajinamoto
secubit soda bikarbonat
garam 2 sudu teh
air sedikit nak bagi rempah senang serap

Bahan untuk tepung salut :
1 cawan tepung jagung
1/4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil serbuk cili (atas citarasa masing-masing)
sedikit serbuk lada hitam >> Aku add.
garam secukup rasa
secubit soda bikarbonat
1biji telur 

Cara-Cara:

-Golek ayam dalam telur.
-Pastu tepung tadi letak dalam tapaware yg ada penutup.
-Pastu pulak, ayam tadi yang sudah bersalut telur tu, di masukkan kedalam tepung dan goncang je.
Tangan pon x kotor kan ;)
-Pastu goreng la dalam 10 minit sampai masak..
-Pastu NGAP ler..hehe

SELAMAT MENCUBA ;)



Thursday, October 24, 2013

Resepi Pavlova

Assalamualaikum,

Di sini aku akan kongsikan resepi untuk menghabiskan whipping cream anda.
Semua sedia maklum bahwa whipping cream mudah rosak selepas 3 hari kotak dibuka.






Tips yang saya akan kongsikan ialah, BUATLAH PAVLOVA.
Ya. HAHA.

PAVLOVA TERDIRI DARI 2 ADUNAN:

Base

Inilah rupanya setelah di bakar dan rest.


4 biji telur putihnya sahaja.
1/2 cawan gula halus
1sb tepung jagung
1sk esen vanilla

Cream topping




2 atau 3 cawan whipping cream.
1sk esen vanilla
1 1/2 sk gula halus
1sk perasa mangga

CARA-CARA:

Base - Mix dengan electric mixer pada kelajuan palingggg laju selama  1 min sehingga bertanduk jika dicalit dengan jari (tangan ye kawan2).
>> Then bakar selama 1 jam sehingga perang pada suhu 130deg.

Cream topping - Mix dengan electric mixer pada kelajuan palingggg laju jugak selama 30 sec. JANGAN LAMA. >> Bila nampak dah thick je, terus stop. Kalau lebih mix, whipping cream akan berketul dan keluar air.

THEN

Lepas siap base itu di bakar, sejukkan dulu, then buhla topping atasnye.
SIAP.
Resepi PAVLOVA asli buh buah kiwi dgn buah strawbery atas topping tu, tapi aku tak ade buah, jadi letak je buah kurma. kui3.

SODAP JUGAKKK.
SELAMAT MENCUBA!
Pavlova Versi Faizah



Resepi Blueberry Cheese Tart Confirm Jadi

Assalam.

Oleh kerana aku penggemar Blueberry Cheese Tart, so kena la buat sendiri kan, barula boleh makan puas2 dan banyak2. Resepi ni aku dapat dari akak ipar aku Kak Sheeda. Muahx3. Senang sangat. Confirm jadik. InsyaAllah.




Tart Shell:

170g Margerin Buttercup
50g Gula halus (Lebih kurang 1  3/4 sudu besar)
1 Biji telur ape2 gred
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla

Aku duk buat tart shell dulu, simpan and nak dekat raya nanti baru buh cheese. Bukan apa, takot habis. Aku ni kejam sikit.

#1 adunan tart shell ni aku dapat buat 70 hingga 75 pcs of shell lebih kurang.


Filling - Cream Cheese:

250g cream cheese
50g gula pasir
1 biji telur ape2 gred
1 sudu kecil esen vanilla

1)Mix cc dan gula dengan menggunakan mixer sehingga cc menjadi lembut.
2)Kemudian masukkan telur dan esen vanilla dan blend lagi. Ketepikan.

Filling - Blueberry:

Hok ni senang, beli jer kat kedai kek. Dalam RM4 lebih 1 tapawey tofu sederhana tu.


Topping - Cheese + pewarna coklat:

Ambil 2 sudu besar cheese yang dah diblend kan tadi,
kemudian campurkan sedikit pewarna coklat. Kalau nak kaler pink ke, biru ke, hijau ke, pepel ke, boleh jugak,  Aku buh kaler coklat sebab bagi aku kaler coklat lebih menggiurkan berbanding kaler2 lain.

Blueberry filling yang sudah dimasukkan ke dalam tart shell.

Ok. Lepas dah buh blueberry filling, boleh la bubuh campuran cc tadi. Nak guna sudu boleh, nak guna piping pun boleh. kalau nak kemas, guna piping. 

Lepas tu bakar dalam 5 min sahaja pada suhu 180c. Atau sehingga tak melekat di jari. Means, masa keluarkan, kita cuba sentuh sikitt je permukaan tart tu, kalau dah tak melekat, maknanya dah jadi. Cukup masak.

Ok. Selamat mencuba!

Resepi Oreo Cheese Cake Bakar

Assalamualaikum.

Dek kerana suka sangat dengan makanan berasaskan cheese, maka lahirlah keinginan yang membuak-buak untuk 'menerai' Oreo Cheese Cake resepi encik Google ini. Tapi ada beberapa perubahan pada resepi yang aku sesuaikan dengan tekak aku.

Oke,


Oreo Cheese cake.
Aku bahagi 2 bahagian, jadi bake setengah jam je. Itu pun perang sudah atasnya.



Oreo Cheese cake ade dua bahagian:
1) Crust
2) Filling

Resepi Crust (Pic 1 & 2)


Butter

Oreo

1/4 buku Butter di cairkan dalam microwave
1 1/2 cawan oreo crust / biskut Oreo hancur 

>> Dua bahan di atas di gaul bersama ,
kemudian di tekan di dalam loyang 8 or 9 inci ,
then di bakar dalam oven selama 10 min pada suhu 130 Degree.

Resepi Filling (Pic 3 & 4)

Whipping Cream, Cream Cheese 

dan gula halus


500g cream Cheese Tatura.
1/2 cawan gula halus.
1 cawan whipping cream.
>> 3 bahan di atas di 'mix' sehingga gebuss, lebih kurang 3 min pada kelajuan ter'maksima'.

Kemudian masukkan :
3 biji telur saiz tak kisah. ( aku pun tak hingat aku pakai telur saiz ape)
1 sk perasa vanilla.
1/8 dri sebiji jus buah oren.
>> Mix JANGAN LAMA kerana kalau lama nanti whipping cream akan pecah dan berketul2.
Lebih kurang 30 second je.

Then masukkan:
5 - 10 keping biskut Oreo kasar2 (agak2 sebesar syiling 20sen) >> gaul ala-kadar je.
Gentel2 kan cream oreo dan masukkan jugak ke dalam  adunan, > nanti die melting masa kita potong tu tau!! nyum2!!

Siap untuk dibakar



Masukkan filling tadi kedalam loyang ,
dan bakar pada suhu 160 degree selama setengah jam, kemudian diturunkan suhunye 130 deg sehingga masak.
P/S: Sila fahami oven anda kerana waktu masak kemungkinan berbeza.

Tak sempat la eh aku nak menghias dan ambik gambo lawa-lawa. Snap je then makan. Lepas tu terus ghaib! Walaupun rupanya huduh, tapi rasanya... MasyaAllah.

SIAP !



SELAMAT MENCUBA!!! 









Sunday, September 29, 2013

Barang elektrik dan wiring murah di Kota Tinggi

Kalau sesiapa berminat untuk membeli barang barang wiring dan peralatan elektrik, bolehla try kedai ni.
Kedai ni terletak bersebelahan sungai kota tinggi.
Tips: bawa test pen masa datang ye, bukan nak test elektrik kedai dieorg, cuma nak dpt harga less. Cuma sangkutje kat baju. ;p

Saturday, September 21, 2013

Resepi sos pizza Faizah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. ;)

Its been a while since the last time I wrote something in here.

I'm talking about my passion again. Yes, aku tak habis2 fikir dan enjoy every single minutes in my life thinking and preparing food. Even rancangan tv kegemaran aku setiap hari mesti channel  727 dan 703 Astro. Tak pernah jemu walaupon rancangan tu repeated so many times!

So kali ni aku nak share resepi bidan terjun yg menjadi secara tiba2..kan...

SOS PIZZA FAIZAH:

Bahan-Bahan dan cara2 teruslah.senang kan. tak pening baca:
(ikut turutan)

3 senduk minyak - di panaskan
3 sudu besar bwang besar cincang - Masukkan sampai garing.
2 senduk Sambal lada kering yang telah di blend - Masukkan sampai wangi.
1 sudu kecil oregano, kemudian terus masukkan
sebiji tomato cincang, kemudian terus masukkan
2 sudu besar sos cili, kemudian terus masukkan
1/2 sudu kecil sos ikan, kemudian terus masukkan
garam, dan aji secukup rasa.

Aku suke rasa dan bau oregano, kalau masak sup aku suke masukkan oregano. Die macam ade perasa tersendiri gitu! So masa buat sos piza ni, aku sesaje masukkan oregano, menjadi jadi pulak.

NEXT:

So next ialah menyapukan sos keatas pizza crust @ doh piza.
Resepi doh piza Faizah aku dah share sebelum ni > Klik sini untuk cilok resepi.



-Kalah Dominos kata mak aku..kan...-

SELAMAT MENCUBA! :)

Thursday, September 12, 2013

Beli Barang Bundle Murah II - Update

Assalamualaikum dan selamat malam. 

Tanggal 8 Sept lepas saya sekeluarga meluangkan masa lagi (buat kali ke berapa entah tak ingat) ke Kampung Orang asli Rengit, Batu Pahat, Johor. En.suami memang suka tawar menawar di sini. Memang berbaloi jika kita tahu apa range harga kat market luar berbanding yang mereka jual di sini.

Tempat ni telah menjadi tempat wajib kami sekeluarga setiap lebih kurang 3 bulan sekali mesti terjah! Ade je barang best yang kami dapat, yay.

Hati2:

1) Kalau harga lebih kurang harga baru, xpayah layan. kedai sebelah nye sure dan insyaAllah lebih murah. Lagi2 sejak harga minyak naik, tulah modal dieorang. 

2)Sebelum pergi, study dulu harga barang yang kite aim di pasaran luar supaya anda xkene kencing dek orang asli tuh.


So nak cerita panjang2 journey nye saya dah published kat entry sebelum ni, jadi entry kali ni just nak update sikit apa antara barang2 yang yang kami servay dan beli pada hari tersebut.. ;)


RM 120, dapat less RM 90 selepas 5 minit proses tawar menawar.
Tak beli, servay je.


Contact Form

Name

Email *

Message *