REZEKI TAK PERNAH SALAH ALAMAT
.
Nak dijadikan cerita,
harini sis order Coolblog secara online je. Sis order semua 3 botol dan semua adalah kegemaran sis. Tapi yang sampainya 2 botol je, dan kedua-duanya favourite anak-anak.
Yang receive nya Kakak Anis, so dia tak cek pun sebab dia tak tahu mama dia order apa.
.
Mula-mula Iza rasa bengang, marah, teraniaya, sebab tak pernah lagi ada pengalaman dapat salah item dengan GrabFood ni. Apa lagi, terus lah buat online complaint.
.
Anak-anak dah tak sabar nak minum, Iza
tarik nafas dalam-dalam, muhasabah diri, sis lupa yang rezeki tu datangnya 'bulat-bulat' dari Allah. Sis lupa yang gerakkan hati manusia tu juga Allah. 'Astaghfirullah hal azim' jentik hatiku.
.
Baru Allah uji sikit je, dah nak bengang, kau dah kenapa? Lepas tu Iza izinkan anak-anak minum je lah. Buka je lah. Apa nak jadi pun jadilah.
Seronok tengok dieorang dapat minum. Seronok bila hati kita Redha dan ikhlas.
.
Selang dalam beberapa minit, dapatlah email dan refund dari GrabFood. Alhamdullilah walaupun refund tak sepenuhnya, tapi iza lega.
Kadang kala kita lupa bahawa sesuatu yang terjadi tu adalah semata-mata kerana keizinanNya, kalau Allah tak izinkan, maka mustahil terjadi. Dan harini, anak-anak gembira sebab dapat favourite drink dia orang, terima kasih Allah.
.
Thank you Allah kerana kau uji aku harini. Sesungguhnya ujian itu mematangkan kita. WaAllahuaklam.
.
Sekian,
HambaMu yang lemah,
Faizah Abd Rahman.