Harini iza nak share tips bagi yang susah nak kekalkan simpanan duit macam iza.
.
Iza sejenis yang pandai simpan tapi sekejap je keluarkan semula😂
.
Dulu iza ada share cara pertama ialah dengan menyimpan emas. Boleh baca kat sini:https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4761815277177408&id=100000469493956
Kali ni iza nak bagitahu, cara lain kita simpan duit ialah dengan membeli saham Bursa Malaysia.
.
Iza ingat Pertama kali iza beli saham Inari-wa dan Padini tahun 2014. Alhamdullilah dah profit. (tak ingat berapa) Lepas tu iza ada beli FGV, profit dalam RM400 je geli2😂 buat belikan wheel chair untuk arwah mak.
.
Yang profit je iza ingat, yang loss ribu riban tak ingat😂
Melabur di saham ni risikonya sangat tinggi. Tapi melalui pengalaman jual beli saham, belajar dengan guru2 saham, dan dgn izinNya Alhamdullilah iza dapat cover balik kerugian tu.
.
Yang bestnye bila beli saham ni, kita jadi shared 'owner' untuk company yang kita beli tu. So tak perlu pikirkan sales, marketing dan production walaupun kita sebagai owner.
.
Tu yang best sekali🤩
.
Contoh kalau kawan2 suka makan telur, boleh beli saham Layhong dan ajak kawan-kawan lain semua beli Layhong seolah2 dialah owner😂
.
Harini saham Layhong seunit RM0.31 .
Boleh beli minima 100 unit baru RM31- dah boleh jadi tokeh business telur.
.
Contoh kalau beli 10K unit, bersamaan RM3100.
Kalau sahamnya naik kepada RM0.40, keuntungan yang anda dapat ialah RM900.
.
Tapi perlu diingat, 'simpan duit' dengan cara ni risikonya amat tinggi. Kalau tak ada ilmu, bahaya woo.. 😱
.
Sekian sharing iza kali ni. Semoga bermanfaat ❤
.
P/s : iza tak pegang #saham Layhong