Thursday, July 30, 2020

SIMPANAN CEPAT SUSUT?

Sejujurnya iza sejenis tak pandai nak kekalkan duit simpanan dalam akaun. 
Iza pandai menyimpan, tapi sekejap je dah keluar balik😂
.
Ok ni ANTARA tips mudah yang iza belajar untuk sesiapa yang ada perangai macam iza ni. 
.
Senang je. Gunakan duit simpanan tadi untuk membeli emas. 
.
Sebab apa, nilainya semakin naik, dan dalam konteks barang yang nilai semakin naik selepas dibeli, emaslah yang paling kecil nilainya. 
.
Tidak seperti rumah dan hartanah. 
Harganya mahal. (Melainkan beli tanah untuk bancuh simen) 
.
Iza ingat 1 gram emas GAP pertama yang iza beli ialah pada 2014 iaitu RM140 saja segram😳
Beli emas ni tak kira emas apa, sama ada emas perhiasan atau emas jongkong ataupun emas syiling macam Public Gold. 
.
Kedua-dua emas perhiasan dan emas syiling GAP Public Gold, iza ada beli buat simpanan supaya tak mudah untuk 'ditarik' keluar semula. 
.
Kelebihan lain, 
emas perhiasan ni mudah nak dibawa. Maksud iza, pakai je la kat tangan🤣, ke leher ke, kalau dah berat sangat, jangan risau, iza boleh tolong pakaikan😂
.
Emas public gold jenis GAP boleh dijual dan dibeli secara online sahaja. Tidak perlu ke kedai. 
.
Percayalah, tips ini sangat membantu buat sesiapa yang susah untuk mengekalkan duit simpanan tak kiralah di dalam bank atau di dalam kasut. 
.
Ada lagi cara simpan duit ni. 
Lain posting iza share ye. InsyAllah 
.
Tapi jangan buat-buat lupa bayar zakat untuk emas tu tau. 
.


Sunday, July 26, 2020

Impian 10 Tahun akan Datang


.
Impian iza tak besar sangat pun. 
Antara Impian iza nak wakafkan surau berkonsep moden beserta dewan terbuka bermodal rm250000 . Plan siap pada 10 Okt 2030
.



Thursday, May 14, 2020

Kelebihan Selawat Tafrijiyah

Antara kebaikan pengamal selawat ini:- Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya. Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya. Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya. Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka. Dia sentiasa dicintai oleh semua orang. Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah. Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan. . Among the benefits of this kind of treatment are: - Allah will remove the sadness, hardship and danger that befalls him. Allah will make everything easier in life. Emitted light in his heart also elevated his dignity. His voice was heard and his views and opinions were welcomed He is protected from all disasters and calamities. He was always loved by everyone. Everything that God wants will be revealed. Given its sustenance, it avoids hunger and poverty.

Wednesday, May 13, 2020

Friday, May 8, 2020

Pengalaman Pregnant dan Bersalin Secara Ringkas

#copypasteedit
🤰🏻 💖 Kenangan Mama 💖 🤰🏻
Iza share pengalaman pregnan Semoga bermanfaat buat ibu2 yg sedang menunggu hari😊Tahniah diucapkan❤️

🌸Suami teman bersalin?
1 - Ya
2 - Tidak sebab aku tak bagi tengok😂
3- Tidak

🌸Normal / Czer?
1 - Normal
2 - Normal
3 - Czer

🌸Induce?
1 - Tak
2 - Ya. Sebab Baby dah be**k dalam perut.
3 - Tak

🌸Tahu jantina sebelum baby keluar?
1 - Ya
2 - Tidak
3 - Tidak

🌸Tarikh lahir & minggu keberapa lahir?
1 - 27 Dis 11/ 40w
2 - 5 Julai 14/ 40w
3 - 4 okt 18 / 38w

🌸Morning sickness?
1-  Ya. Start minggu ke8-ke20
2-  Ya. Start minggu ke8-ke20
3 -  Ya. Start minggu ke8-ke20

🌸 Masalah ketika hamil?
1 - Alhamdulillah tiada
2 - Alhamdulillah tiada
3 - baby pusing2, tak mau head down

🌸Jantina baby?
1 - P
2 - P
3 - P

🌸Warded sebelum bersalin?
1-Tidak
2-Tidak
3-Warded 2 jam 😂

🌸Berapa lama tahan sakit contraction?
1 - sekejap sangat macam xpush ja rasa.
2 - Sejam kot
3 -  Tak sakit😬. Cuma ngeras2 manja 10 minit sekali hanya pada masa tengah ambil graf (CTG)😅Lepas tu xde ngeras2 kerap sehingga waktu czer.

🌸Berat baby?
1 - 3.00kg
2 - 3.75kg
3 - 3.28kg

🌸 Jangkitan kuning?
1 - Ya. Tak lama.Paling tinggi 12mg/dL.
2 - Ya. Tak lama. Paling tinggi 15mg/dL.
3 - Ya. 3 minggu. Admit wad 1 kali pada bacaan 19mg/dL. Discharged the next day pada bacaan 16mg/dL.

🌸Nama anak?
1 - Anis
2-  Aina
3 - Alia

 💚 Semoga anak2 mama menjadi insan yg diredhai Allah. ❤️
-Gambar 2019
#copypaste

Tuesday, May 5, 2020

Bagaimana anda tahu anda Mengandung Sebelum Lewat Datang Bulan? / My Early Sign of Pregnancy

Assalamualaikum

Kali ni Iza nak share serba sedikit tanda-tanda pregnant ketiga2 anak iza sebelum lewat haid. Buat pengetahuan semua, anak Iza ketiga2nya adalah perempuan, dan kitar haid Iza 30-33 hari, sejenis yang teratur sejak Baligh. Alhamdulillah.
.
Ok
Contohnya haid estimate pada 4 Jan. 
Ini tarikh contoh sahaja, supaya senang faham:
.
28 Jan - 
Rasa nak demam, badan sakit-sakit dan nak lepak je sebab ala-ala demam tapi tak sampai menggigil kesejukan.

2 Jan - 
Breast and nipple sakitt 2 kali ganda lebih dari biasa nak period tu. tersentuh sikit pun auchhh sakit gila. Rasa nak demam dah tiada.

3 Jan - 
Senggugut dan sakit pinggang mcm nk period dan breast and nipple masih sakit. Rasa nak demam dah tiada.

4 Jan - 
Semua di atas tiada, tapi tak period2 lagi....Masa ni Iza dah rasa macam pregnant sebab lain macam dari biasa kan.

TAPI
Ada darah setitik bagi anak sulung dan kedua.
Ada tompokan darah lebih kurang sebesar kuku bagi anak ketiga.
.
Masa ni Iza anggap period walaupun tak senggugut dan berbeza dari period yang selalu iza lalui iaitu heavy blood. 

5 Jan -
Ada darah setitik bagi anak sulung.
Tiada apa-apa darah bagi anak kedua dan ketiga- Masa ni Iza dah mandi wajib sebab dan yakin bukan period.

6 sehingga 11 Jan -
Ada darah setitik setiap hari, bagi anak sulung dan iza anggap period.
Tiada apa-apa darah bagi anak kedua dan ketiga.
.
12 Jan -
Tiada apa-apa darah bagi ketiga tiga anak.
Maknanya bagi anak sulung iza, iza keluar darah setitik setiap hari selama 7 hari berturut-turut seperti period, cuma bezanya tak heavy dan tak senggugut.
.
26 Jan -
Iza test guna pregnancy test yang bawah RM10 tu je, dan positif. Masa ni dah 2 minggu selepas hari sepatutnya habis period.
.
Simptom-simtom ni lebih kurang sama je kan bagi ketiga-tiga anak. Iza try test pakai pregnancy test yang biasa. tak silap masa anak sulung tu, iza test lepas seminggu lebih dari hari sepatutnya habis period. Yela tak sabar nak tau kan. Sindrom mak-mak ni lain, kalau pregnant atau tak, mesti nak confirm cepat sebab takut ter angkat berat2 atau ter salah makan, kan...
.
Ok, tu sahaja sharing iza setakat hari ini.
Semoga memberi manfaat kepada follower2 iza. I love you. Jangan keluar rumah tau, stay safe.
Salam Ramadan ke 12 1441H.



Contact Form

Name

Email *

Message *