Assalamualaikum semua,
Iza nak share pengalaman buat ECV (pusing baby melintang) kat Hospital Kluang, Johor. Semoga dapat membantu ibu-ibu yang bakal melalui proses ECV. Semoga Dipermudahkan.
Hi saya baru jer keluar ni
35 minggu 6 hari (18 Sept 2018)
Kepala baby belah kanan, so terus doktor BT call Hospital Kluang.
Sebab iza tanya bila boleh buat ECV. Doktor terus call Hosp Kluang untuk confirmkan date so appointment seterusnya ditetapkan pada 25 Sept 2018 (36 minggu 6 hari).
36 minggu 6 hari (25 Sept 2018)
Masa ni appoinment dengan pakar di wad O&G. Oleh sebab first time: Free. Kalau 2nd time dan seterusnya, RM5 setiap kali datang. Ok mula-mula, nombor Iza dipanggil, masuk 1 bilik ni, die cek blood pressure, berat badan dan air kencing. Lepas tu tunggu lagi. Bilik kedua barulah kita jumpa doktor pakar.
Scan
Masa ni doktor terus scan, doktor cek semua, uri cantik kata die, uri atas, air ketuban cukup, so boleh proceed ECV. Oleh sebab harini iza tak puasa dari 2 pagi malam sebelumnya, so ECV di tangguhkan kepada esok hari. Doktor terangkan risiko ECV. Antaranya:
1- Jika selepas ECV baby berjaya pusing, dan tiada apa-apa kesan sampingan pada baby dan ibu, contohnya blood pressure ibu naik ke, blood pressure baby turun ke, atau pun uri lekang ke, atau pun tiba-tiba ada contraction ke, kalau tak ada semua tu, Iza boleh balik rumah.
2- Tapi kalau selepas ECV baby berjaya pusing, tapi ada kesan kat atas tu, so kene terus emergency caesar.
3- Jika selepas ECV baby TAK berjaya pusing, terus set caesar date.
4- Jika selepas ECV baby berjaya pusing, tapi kedudukan baby patah balik, set date untuk caesar juga.
Masa ni berdebar jangan cakapla. Dua2 anak memang normal, tak pernah terlintas kena caesar, so lepas cek , Iza dengan hubby balik rumah. Iza pun Google la pengalaman2 orang lain yang caesar, berdebar, nervous , sedih pun ada uolls.. uwaa.
Lepas tu doktor tambah lagi:
Proses ECV memerlukan kita puasa at least 6 jam so kena puasa stat 2 pagi.
Appoinment esok pada jam 8 pagi.
Masa nak buat ECV, nanti doktor akan masukkan ubat pelembut rahim, kesan sampingan ubat tu, ialah kita akan rasa berdebar2 macam lepas joging. Ok Noted doktor!
37 minggu (26 Sept 2018) ECV day
Appointment jam 8pagi. Iza dengan hubby dah sampai jam 7.50 pagi terus ke Dewan Bersalin sebab proses ECV dilakukan di sini.
Tukar baju warna pink sebab kemungkinan2 lain akan ada kan, so standby je kalau kene admit wad. Perasaan Iza masa ni bercampur baur, nervous, lega, syukur, takut, gembira, sedih, semua ada.
Mula-mula seorang doktor Cina lelaki ambil darah 1 tiub kecil.
Lepas buat CTG (cek jantung baby) dalam 50 minit.
Timbang Berat badan
Cek tekanan darah Iza
Cek jantung Iza
Scan baby : Iza kene scan dengan 3 orang doktor berbeza, mula2 doktor pelatih, lepas tu 2 orang doktor pakar. Dieorang confirmkan lagi kedudukan baby dan uri, dengan jumlah air ketuban. Sebab kalau air ketuban sikit pun tak boleh buat ECV. Masa ni scan berat baby 3.2kg-3.4kg.
Siap semua ni jam dah dekat pukul 10 pagi, Semua result ok, membenarkan proses ECV dilakukan pada hari ini juga. Perut Iza dah berkeroncong dah masa ni, lapar weh.
Pukul 10.15 pagi buat ECV
Doktor 3 orang. Sorang lelaki Malay, sorang Cina perempuan, sorang lagi indian perempuan. Yang pusingkan baby ialah doktor lelaki, Doktor Syazuan tak silap namanya. Sebelum tu Iza ada tanya doktor Syazuan, "berapa persen sebelum ni yang doktor berjaya pusing?"
Dengan konfiedennya die jawab "100%".
Ok Iza sedikit lega, sebab Iza banyak dengar dan baca cerita ngeri2 je pengalaman ECV dieorang. Ya Allah nervous jangan cakap, kita risaukan baby, betul tak? sebab keputusan nak buat ECV pun pada tangan kita kan, bukan doktor. Doktor hanya terangkan dan suggest, dan kita yang buat keputusan.
Masa ni kepala baby belah kiri, kaki baby belah kanan.
Doktor masukkan ubat lembutkan rahim, so mulalah kesannya Iza rasa, dada berdebar2 dan badan menggigil2 kesejukan. Serta-merta doktor pusingkan baby. Masa doktor cari kepala baby tu rasa sakit sikit, tapi masa pusing tu tak sakit pun. Sekejap je die buat, dah settle.
Alhamdulillah berjaya memusingkan kepala bayi ke bawah.
Lepas tu buat lagi CTG lagi ( 20 minit ) untuk pastikan baby tak ada apa2 effect.
Mula-mula heartbeat baby tinggi, pastu rendah tapi masih dalam range, doktor kata baby masih terkejut. Hihi.
Masa ni Iza masih rasa berdebar2 kesan ubat lembutkan rahim tu, tapi dah kurangla, tangan pun menggeletar, tak tau la sebab kesan ubat atau sebab kelaparan. haha.
Rehat
Lepas tu doktor dan nurse suh pegi 'buka puasa' cepat2, masa ni dah pukul 10.45 pagi lebih kurang. Ya Allah lapar gila. Haha. Makan pun dekat ruang menunggu je, tak boleh keluar. Alahai, baru je nak keluar makan. Excited sebab dah berjaya pusing baby, Syukur Alhamdulillah.
Balik Rumah
1.30ptg nurse panggil dah boleh balik. Yay. Alhamdulillah. Nurse bagi tarikh 38W (next week) untuk appointment dengan O&G. Untuk tengok sebarang kemungkinan di atas. Tapikan, Iza rasala, balik tu masa solat Asar , kepala baby Alia dah kat tepi semula. huhu.....
Nanti Iza share pengalaman seterusnya ya.
- Nanti iza share pengalaman caesar eh. Dah post out boleh baca SINI.