Friday, October 23, 2015

Cara Putihkan Gigi paling Mudah dan Murah

Assalam,

Bagi sesiapa yang rasa giginya semakin kuning (macam aku), bolehla cuba cara paling murah dan mudah ni ye. Kos nya tak sampai RM5 (tak termasuk labour charge). Serius sekali gosok je dah putih sikit gigi aku yang kekuningan ni ha. 

Aku bukan jenis tak gosok gigi ye buat pengetahuan semua. Aku gosok sehari 2 hingga 4 kali tau. Jenama ubat gigi yang tagline nye " Gigi lebih Putih bak Berlian " pun aku dah guna, tapi hasilnya x seputih jika nak dibandingkan dengan menggunakan cara yang bakal aku tunjukkan ni.

Baiklah straight to the point.

Bahan-Bahan yang diperlukan ialah:

1/2 biji air lemon.
3 hingga 4 sudu kecil soda bikarbonat atau sehingga cukup kepekatan yang dikehendaki.

Taraaaaaa, tujer......



Lepas tu gaul la kedua2 bahan tersebut sehingga kepekatannya lebih kurang sama dengan ubat gigi yang berada dipasaran. Lebih kurang macam ni la:

Paste ubat gigi Lemon+soda bikarbonat

Kemudian, letakkan 'paste' tersebut pada berus gigi, dan beruslah gigi anda. Pic memberus gigi tidaklah dapat nak ku tayangkan kerana sedikit seksi. aumm. Kemudian berus macam biasa, tak payah tenyeh kuat2 pun. Rasa nya ada masam2 masin. Masin nya lebihla sikit. hehe. Alah, sekejap jer.

Nampak tak bezanya? 

Sejurus selepas bilas dan kumur-kumur pun anda dah dapat lihat hasilnya ! Paste yang tak habis tu boleh la disimpan dalam freezer, aku nasihatkan tak perlu guna hari2. Aku pun tak tau kenapa, cuma aku pikir ia sedikit berasid takut terlalu menghakis. Sama juga jika kita buat "Scaling" atau cuci gigi di klinik gigi kan? Doktor nasihatkan sekali scaling sahaja dalam 6 bulan. Khuatir akan menghakis gusi. So cukup sekadar sebulan sekali.

Selamat mencuba ya. 


Contact Form

Name

Email *

Message *